TMJ Sahkan JDT Tak Minat Dengan Ozil, Anggap Pelaburan Tidak Berbaloi

Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah berkenan mengadakan sesi dialog atau soal jawab bersama dengan peminat bola sepak di bilik media Stadium Sultan Ibrahim.

Pelbagai isu dikupas dalam pertemuan itu. Dan salah satu daripadanya adalah persoalan, adalah JDT berminat mendapatkan Mesut Ozil.

Mesut Ozil tiba tiba dikaitkan dengan JDT selepas pemain itu hanya menandatangani kontrak setahun denagn Istanbul Basaksehir sebaik sahaja kontraknya ditamatkan Fenerbahce beberapa bulan lalu.

TMJ menafikan khabar angin bahaawa JDT berminat mendapatkan Mesut Ozil. Dan beliau sendiri hairan dari mana asal cerita Ozil dan JDT ini boleh wujud?

TMJ menegaskan, jika pun ada peluang untuk mendapatkan Ozil, adalah mustahil untuk beliau mendapatkan pemain yang malas bertahan seperti Ozil.

Di JDT para pemain mereka bergerak dalam satu unit ketika menyerang dan ketika bertahan.

Dalam sesi yang sama, TMJ tak menolak kemungkinan JDT akan mengikat Papu Gomez dengan syarat pemain itu sanggup memberikan komitmen dan kos menandatangani pemain itu dalam kadar munasabah.

TMJ berkata: “Berkenaan dengan Ozil, saya rasa, saya tak nak menghabiskan duit kelab membayar gaji begitu mahal untuk pemain yang tak akan lari 3 meter dalam padang ketika bertahan.”

“Di Johor [DT] tiada super star. Di Johor ada pemain pemain yang memberikan komitmen yang sanggup mati antara satu sama lain. Komited untuk menyerang. Komited untuk bertahan sebagai satu unit.”

“Saya pun tak tahu, mana lagi satu cerita Mesut Ozil ni datang? Tapi jikalau Papu Gomez, dia memberikan saya komitmen dengan harga yang munasabah, Insya-Allah.”

“Tetapi Mesut Ozil tak pernah ada dalam perancangan saya kerana… kalau dia bagus sangat [pada masa ini] kerana kelab kat sana [eropah] tak ada satu pun nak ambik dia.”

“Mungkin ada masalah peribadi. Kita tak tahu.”

“Mungkin dari segi attitude [perangai], kita tak tahu.”

“Saya tak nak memburukkan siapa siapa kerana saya tak kenal dia.”

“Tetapi benda bendan macam itu, kita harus ambil menjadi faktor untuk membuat penilaian, kenapa tak ada kelab mahukan dia?”

“Takkan kita nak terima kerana semata mata mahukan nama besar sahaja dalam JDT.”

“Di JDT ni saya nak hasil, saya nakkan kejayaan. Bukan jadi populis.”

Baca yang lain