TMJ: Sama Ada Perak Benar Benar Kaya Atau LTK Turunkan Demand Gaji Sebab Dah Tiada Kerja

Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah berkenan mengadakan sesi dialog bersama dengan peminat di bilik media Stadium Sultan Ibrahim.

TMJ membincangkan beberapa topik berkaitan dengan pasukan JDT termasuk isu Benjamin Mora. Menurut TMJ, beliau dan Benjamin Mora memutuskan secara profesional untuk menamatka kerjasama.

Ini kerana kedua dua mereka seringkali konflik dalam kata akhir sesuatu keputusan.

Selan itu TMJ turut mahukan kestabilan pasukan terjaga.

Seterusnya, pemilik JDT itu memberikan pandangannya tentang perlantikan Lim Teong Kim sebagai jurulatih Perak FC.

Bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu telah diumumkan secara rasmi beberapa minggu lalu oleh Perak FC.

TMJ hanya menyebut bahawa beliau mampu membayangkan sama ada Perak FC benar benar kaya di bawah pemilikan baharu atau Lim Teong Kim dan tak ada kerja, dan terpaksa ‘menyapu’ tawaran yang ada dengan gaji lebih kecil.

TMJ berkata:  “Sama ada Perak betul-betul kaya atau dia (Teong Kim) turunkan [permintaan] gaji dia, paasa dia tiada kerja. Itu situasinya lah.”

“Very straightforward,” kata Tunku Ismail.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu pernah mendedahkan bahawa, halangan untuk JDT mengambil Lim Teong Kim untuk menjadi jurulatih pembangunan adalah kerana permintaan gaji yang sangat tinggi oleh jurulatih tersebut.

TMJ menyatakan bahawa Lim Teong Kim pernah meminta EUR70k – EUR80k sebulan. Atau kira kira RM327k sehingga RM374k sebulan.

BACA JUGA: [BERNAMA] Teong Kim Tidak Janji Bulan Dan Bintang Untuk Perak FC Musim Depan

IPOH: Ketua jurulatih baharu Perak FC, Lim Teong Kim enggan menjanjikan ‘bulan dan bintang’ untuk skuad The Bos Gaurus itu dalam menghadapi saingan 18 pasukan dalam kempen Liga Super musim 2023.
Katanya, buat masa ini, pihaknya masih meneliti dan mengenal pasti pemain sedia ada untuk saingan musim depan malah ada beberapa pemain sudah berada dalam radar pemilihan pemain skuad tersebut.

Bagaimanapun, pengendali berusia 59 tahun itu menjelaskan barisan kejurulatihan baharu akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan skuad tersebut memberi persembahan terbaik musim depan.

Teong Kim berkata demikian kepada pemberita selepas sesi libat urus bersama pengurusan Perak FC di Stadium Perak, di sini, hari ini.

Melalui penstrukturan Liga Malaysia (Liga M), hanya 18 pasukan menyertai dalam saingan Liga Super manakala Liga Premier dihentikan sementara bermula musim depan.

Di samping itu, Liga Simpanan diperkenalkan musim depan melibatkan kesemua pasukan Liga Super 2023 perlu menyediakan skuad Bawah 23 tahun masing-masing.

Teong Kim, bekas pengendali skuad remaja Bayern Munich, mengikat kontrak dua tahun dengan pilihan memperbaharui untuk setahun lagi bagi mengemudi skuad The Bos Gaurus.

Sementara itu, Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, berkata masih terlalu awal untuk menilai tahap dan kemampuan Teong Kim.

“Kebiasaannya mengikut jadual barisan kejurulatihan akan bersedia seawal 45 hari sebelum sesuatu liga bermula dan kita sasarkan berada di pertengahan Liga Super pada tahun hadapan, kita tidak sasarkan lebih dari itu.

“Bagi dia (Teong Kim) masa, dia tahu apa dia buat dan jika dapat lebih daripada itu maka dikira bonus, tak semestinya kita bawa dia, kita boleh menang semua piala,” katanya.
Katanya, pelantikan Teong Kim sebagai satu langkah positif dan akan memberikan satu kelainan, kerana beliau mempunyai perancangan buat skuad Perak FC.

— BERNAMA

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.