TMJ tampil dengan sindiran kepada Hans Isaac yang merupakan Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia.
Sebelum ini Hans Isaac dengan yakin bahawa padang Stadium Nasional Bukit Jalil akan pulih menjelang aksi final Piala Malaysia 2023.
Hans Isaac menyatakan bahawa dia ada formula untuk memulihkan rumput padang tersebut dengan kepakaran yang dimiliki Perbandanan Stadium Malaysia.
Sebelum ini padang stadium tersebut dilihat rosak kerana konsert Coldplay. Dan TMJ pada masa itu memuat naik status menunjukkan kerosakan padang.
Konsert Coldplay dihadiri 75,000 orang peminat kumpulan pop tersebut. Dan ianya berlangsung dalam keadaan hujan.
Apa yang mengecewakan peminat bola sepak, padang yang menjadi markas Harimau Malaya itu telah rosak.
Rumput zeon zoysia sebelum ini telah didermakan oleh TMJ dan ianya telah siap pada Oktober yang lalu. TMJ sempat merasmikan padang tersebut pada masa itu.
Dan kini selepas beberapa minggu selepas konsert Coldplay, TMJ berkongsi semula keadaan padang di SNBJ. Dan sempat menyindiri Hans Isaac, bahawa formula yang dia sebutkan itu nampaknya menjadi.
Sindiran itu menarik perhatian netizen kerana final Piala Malaysia akan berlangsung beberapa hari lagi di antara JDT dan Terengganu.