TMJ Terpukau Dengan Gol Solo Dari Kawasan Sendiri Arif Aiman

jdtJDT berjaya menamatkan kempen Liga Juara Juara Asia dengan kemenangan di tempat sendiri ke atas BG Pathum United dari Thailand.

JDT masih segar dengan kejayaan menjulang Piala Malaysia pada hujung minggu lalu yang melengkapkan kejayaan treble kedua berturut tutut Harimau Selatan.

JDT bagaimanapun terpaksa melakukan satu lagi comeback dari ketinggalan satu gol untuk menang 4-1.

Sergeev meletakkan Pathum di hadapan pada separuh masa pertama. Namun JDT membalas dengan 4 gol pada separuh masa kedua.

Bermula daripada gol Bergson pada minit ke-55 menerusi sepakan penalti, pemain prolifik dari Brazil itu mencetak 1 lagi gol kira kira 11 minit kemudian.

Sebelum itu pada minit ke-53, BG Pathum United dikurangkan kepada 10 pemain selepas Alves dibuang padang.

Endrick memastikan JDT 2 gol di hadapan dengan gol ketiga pada minit ke-86.

Namun gol keempat yang sangat cantik oleh Pemain Terbaik Final Piala Malaysia 2023, siapa lagi kalau bukan Arif Aiman menutup kempen JDT dengan kemenangan 4-1.

Gol solo itu benar benar memukau semua penyokong termasuk TMJ sendiri yang memberikan standing ovation kepada pemain itu. Arif Aiman melakukan larian dan gelecekan kemas dari sebelah kiri.

Ketika sampai di kotak penalti dia melakukan cut inside dan melihat penjaga gol yang sudah mengambil langkah lalu dia menembak ke near post dengan jahat sekali.

Saksikan:

Kemenangan itu membolehkan JDT menamatkan saingan dengan 3 kemenangan dan 3 kekalahan untuk berada di tangga ketiga. Kedua dua pasukan sudah tahu bahawa mereka tidak ada sebarang peluang untuk mara.

Namun Pathum United menamatkan saingan dengan sangat teruk sekali. Kalah kesemua enam perlawanan. Menjaringkan 9 gol dan bolos 22 kali.