Todd Boehly dilaporkan sedia untuk menukar nama Stamford Bridge yang ikonik kepada satu nama yang baharu.
Stadium yang dibuka pada 1877 itu telah menjadi markas Chelsea sejak 1905 lagi dan telah melalui banyak proses pengubahsuaian sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Stamford Bridge menjadi stadium dengan ‘all seater’ pada 90-an. Dengan kapasiti semasa adalah 40,000 tempat duduk, menjadikannya stadium ke-11 terbesar di UK.
Namun satu perubahan paling besar akan dibuat adalah menjenamakan semula stadium itu, menurut laporan Daily Mail.
Syarikat insurans Jerman, Allianz sedia menjadikan Stamford Bridge sebagai satu lagi stadium yang dijenamakan dengan nama mereka.
Allianz mahu menjadikan Stamford Bridge sebagai satu lagi keluarga stadium mereka. Ianya salah satu proses syarikat itu meluaskan lagi penglibatan mereka dalam bola sepak.
Sebelum ini keluarga stadium Allianz adalah terdiri daripada stadium Allianz di Bayern Munich, Juventus, OGC Nice, SK Rapid Wien dan Palmeiras.
Bukan itu sahaja, Allianz malah sedia menaja jersi Chelsea selepas kontrak kelab itu dengan Three berakhir kelak.
Namun ketika ini Chelsea dalam proses rundingan dengan Stake. Ianya agak kontroversi kerana ianya syarikat judi atas talian yang menaja Watford dan Everton dalam beberapa musim ini.
Penaja dari syarikat perjudian akan diharamkan bermula musim 2025/26 akan datang.
Allianz menawarkan kerjasama jangka panjang dengan Chelsea dari segi tajaan jersi selain daripada penjenamaan semula stadium.
🚨 Allianz sounded Chelsea out about a potential stadium naming deal. Sources say Allianz are seriously considering a major and long term partnership with Chelsea. (@MailSport) #CFC https://t.co/zCH2EgnZud
— Pys (@CFCPys) June 24, 2023
Todd Boehly mengetuai konsortium yang mengambil alih Chelsea dengan bayaran £4.25 billion.
Dia sebelum ini sudah berkirar akan melabur £1.75 billion dalam projek pembangunan Stamford Bridge.
Ikrar itu adalah salah satu faktor penting dalam pemilihan Todd Boehly sebagai calon pemilik Chelsea sebelum ini. Di mana ianya adalah salah satu syarat diletakkan Roman Abramovich, kepada mana mana pihak yang mahu membeli Chelsea daripadanya.
Chelsea di bawah era Roman Abramovich pernah merancang untuk meningkatkan kapasiti Stamford Bridge kepada 60,000 tempat duduk. Namun projek itu memerlukan Chelsea bermain di luar Stamford Bridge untuk sekurang kurangnya 4 tahun.
Ini kerana kedududukan Stamford Bridge yang berada di London yang menyukarkan prose penambahan kapasiti sebagaimana dilakukan oleh Liverpool di Merseyside.