Todd Boehly Kecam Eghbali Sebagai Obses Beli Pemain

Konflik di barisan pemilik bersama Chelsea telah berada sangat tegang. Sebelum ini Telegraph melaporkan bahawa Todd Boehly dan Eghbali (dari Clearlake) tidak sehaluan .

Mereka masing masing sedang berusaha untuk menyingkirkan satu sama lain untuk menjadi pemilik tunggal kelab. Berlaku konflik dari segi kepentingan dan polisi antara kedua duanya.

Todd Boehly lebih suka dengan perancangan jangka masa panjang, dengan hala tuju kelab dalam 30 tahun. Ini termasuk mahu Chelsea memiliki stadium baharu yang canggih selepas ini.

Sementara Eghbali pula hanya sukakan perancangan jangka pendek dalam pendekatan yang dianggap hala tuju sedekad lebih sahaja.

Todd Boehly sudah menyerahkan kepercayaan penuh kepada Pengarah Sukan dan pegawai rekrut pemain serta pengurus, bagi pembelian dan penjualan pemain. Namun Eghbali tidak suka dengan polisi itu. Kerana dia mahu terus campur tangan dalam isu jual beli pemain dan juga kontrak pemain.

Jelas berlaku perbalahan di antara mereka. Eghbali dan Clearlake yakin akan dapat menyingkirkan Todd Boehly. Ini kerana konsortium mereka memiliki wang yang cukup untuk membeli saham £1.5bn dari Todd Boehly.

Sementara Todd pula menyatakan dia yakin akan mendapat sokongan dana untuk membeli saham Clearlake. Malangnya satu perjanjian menghalang mana mana pemilik ketika ini untuk membeli saham satu sama lain dengan menjadikan pihak ketiga sebagai pemilik bersama yang baharu.

Satu lagi pendedahan oleh NY Times menyebut bahawa, Todd Boehly bengang dengan Eghbali yang dianggap obses dengan membeli pemain. Itu membuatkan Chelsea ketika ini berdepan dengan masalah lambakan pemain.

Seterusnya, sikap gila beli pemain ini membuatkan Eghbali mahu terus campur tangan hal pengurusan pemain. Yang jelas konflik dengan peranan pengurus pasukan.

Ini telah menjadi punca kepada perbalahan di antara mereka yang kini semakin teruk dan rumit. Malah laporan oleh Telegraph menggambarkan kedua duanya sudah sampai ke titik kemuncak dalam perbalahan mereka.

Beberapa minggu lalu, pengurus Enzo Maresca ketika itu mendedahkan dia terpaksa memecahkan pasukannya kepada 2 pasukan ketika berlatih. Dengan pemain utama diletakkan dalam senarai 21 pemain utama. Bakinya berlatih dengan kumpulan kedua.

“Saya tak akan bekerja untuk 42 pemain. Saya hanya boleh melatih 21 pemain dan selebihnya berlatih berasingan. Ianya mustahil untuk saya melatih kesemua mereka.

“Keadaan di sini terkawal tidak seperti digambarkan media dari luar,” tegas pengurus itu yang turut meminta beberapa pemain seperti Raheem Sterling dan Chilwell mencari kelab baharu. Sterling kemudian menyertai Arsenal secara pinjaman.