Todd Boehly Sayangkan Pochettino Dan Yakin Chelsea Layak Ke Eropah

Masa depan Mauricio Pochettino dianggap sudah selamat. Ini kerana Todd Boehly masih percayakan pengurus itu sebagai individu paling tepat memacu projek skuad muda Chelsea yang ada.

Todd Boehley membelanjakan lebih £1 billion dalam 3 jendela perpindahan sebelum ini. Di mana dia mahu projek tersebut berjaya.

Chelsea membawa ramai pemain muda berbakat termasuk 3 pemain dengan nilai £100 juta iaitu Moises Caicedo, Mykhailo Mudryk dan Enzo Fernandes.

Pochettino dilantik menjadi pengurus Chelsea pada awal musim ini. Prestasi di atas padang Chelsea agak mengecewakan. Terbaru mereka kalah dalam separuh akhir pertama Piala Carabao di tangan Middlesbrough.

Di dalam carta liga Chelsea di tangga ke-10 setelah menelah 8 kekalahan setakat ini.

Namun begitu Matt Law melaporkan bahawa, masa depan Pochettino di Chelsea tidak perlu diragui. Pengurusan atasan tidak pernah membincangkan soal pemecatannya langsung.

Ini kerana Todd Boehly masih percaya Chelsea akan berjaya menamatkan musim ini di slot Eropah. Paling minimum di Liga Persidangan Eropah.

Todd Boehly tidak pernah memikirkan soal insentif dalam Chelsea. Di mana dia tak kisah kalau Chelsea layak ke UCL atau tak menang trofi musim ini.

Paling penting dia mahu melihat perkembangan pasukan itu yang dianggap dalam proses pembentukan semula.

Sebelum ini Pochettino sendiri menegaskan bahawa dia tiba di Chelsea dengan projek berbeza dengan Tuchel.

“Thomas Tuchel datang dengan projek yang berbeza. Dia berada dalam projek yang memang sudah dibina. Sementara kami pula tiba di sini di mana hala tuju falsafah kelab sudah diubah. Dan ia berbeza sama sekali.”

“Kami patut memenangi setiap perlawanan kerana kami adalah Chelsea bukan? Ya, tetapi kami bukan Chelsea yang dahulu, yang memenangi EPL atau UCL. Kita harus terima ini satu projek. Satu idea, namun kami sedang membina sesuatu untuk masa hadapan.”

Pochettino memberikan pujian kepada Todd Boehly yang menurutnya sangat menyokong kerjanya di Chelsea. Membuatkan dia berkata, tidak sukar menjadi pengurus Chelsea berbanding dengan kelab sebelum ini – dipercayai ditujukan kepada Spurs.

Di mana pemilik Chelsea sentiasa terbuka mahu menolong pengurus terutama sekali dalam pembelian pemain untuk menguatkan pasukan.

Pochettino menyatakan bahawa keputusan yang dicatatkan oleh pasukannya di atas padang tidak langsung menggambarkan situasi sebenar projek di Chelsea. Dia malah mengesahkan bahawa pengurusan tertinggi berpuas hati dengan cara dia membangunkan pasukan dan cara Chelsea bermain.

Pochettino menyatakan bahawa kelab tetap perlu bertanggungjawab untuk terus menyokong perancangan yang mereka sudah mula laksanakan. Dia berkata: “Ya sudah tentu keputusannya amat mengecewakan, namun mereka harus terus menyokong perancangan yang ada.”