Todd Boehly Sedia Sailang Mac Allister Daripada Sertai Liverpool Dengan ‘Swap+Cash”

Todd Boehly masih lagi menjadi ketua rekrut pemain di Chelsea.

Dan dia kini sedia untuk merampas Alexis Mac Allister yang dikaitkan dengan Liverpool.

Pemain Brighton itu sudah memberikan bayangan bahawa dia sudah sedia meninggalkan kelab itu. Selepas menolak banyak tawaran sebelum ini untuk kekal bersama Brighton.

Selain itu, dia juga memikirkan kedudukannya di dalam skuad Piala Dunia 2022, yang membuatkan Mac Allister terus kekal.

Jurgen Klopp mahu menguatkan semula bahagian tengahnya. Liverpool kehilangan James Milner dan Naby Keita yang akan meninggalkan kelab tersebut.

Seterusnya, bintang pinjaman dari Juve, Arthur Melo rasmi tak akan ditandatangani secara tetap.

Dengan Thiago kerap mengalami kecederaan, Liverpool memantau perkembangan beberapa pemain tengah dari kelab lain. Calon utama mereka ialah Mac Allister.

Namun kini Chelsea sedia memasukki gelanggang persaingan.

Todd Boehly yakin mereka akan berjaya mendapatkan Mac Allister yang diletakkan harga bermula GBP70 juta oleh Brighton pada masa ini.

Boehly yakin kerana hubungan Chelsea yang sangat baik dengan Chelsea pada beberapa tahun kebelakangan ini. Mereka mendapatkan Marc Cucurella dan kemudian membayar pampasan untuk mendapatkan Graham Potter.

Seterusnya mereka turut menandatangani sebahagian besar staf kejurulatihan dan teknikal dari Brighton.

Brighton sebelum ini pernah memuji cara Chelsea melakukan rundingan. Tak banyak songeh. Malah presiden kelab itu pernah berseloroh, dia mengingatkan cleaner di kelab itu agar bersedia sepanjang masa, kerana mereka mungkin akan ditandatangani oleh Chelsea.

Kini Todd Boehly yakin bahawa dia menawarkan Brighton pakej yang lebib baik berbanding Liverpool. Iaitu menawarkan pakej swap+cash. Di mana mereka mahu menyertaikan pemain bersama dengan bayaran.

Levi Colwill, bakat prospek yang dianggap bintang masa depan Chelsea akan disertakan dalam rundingan kali ini.

Pemain itu sedang beraksi untuk Brighton secara pinjaman. Dengan Chelsea memiliki ramai pemain bek tengah pada masa ini, maka pemain berusia 20 tahun itu dalam senarai untuk dilepaskan.

Mac Allister akan menjadi pemain yang penting buat Chelsea. Memandangkan beberapa pemain sudah sedia angkat kaki. Antaranya, Matteo Kovacic. Seterusnya pemain seperti Kante kerap mengalami kecederaan.

Baca yang lain