Todd Boehly Sedia Tawarkan Zidane Kontrak €15 Juta Semusim

Todd Boehly setakat ini masih berpuas hati dengan prestasi Graham Potter di Chelsea.

Kerana dia merasakan pengurus itu masih perlu diberikan masa. Potter hanya akan dinilai pada musim hadapan, memandangkan dia mengambil alih daripada Tuchel beberapa bulan lalu.

Namun itu bukan bermakna Todd Boehly tidak akan memecat pengurus itu langsung.

Kerana apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak.

Ini termasuk pemecatan mengejut kerana isu tertentu atau perletakan jawatan oleh pengurus.

Jika itu berlaku, Todd Boehly dilaporkan sedia membayar Zidane dengan kontrak luar biasa untuk memujuknya kembali ke pengurusan kelab.

Zidane sebelum ini meninggalkan Real Madrid selepas dia berjaya memenangi 3 UCL sepanjang di sana sebagai pengurus.

Dia sudah 2 tahun tidak mengendalikan mana mana pasukan. Dilaporkan sebelum ini dia menunggu tawaran daripada Perancis seperti yang dijanjikan presiden FFF sebelum ini, Noel Graet.

Noel Graet dilaporkan memberikan jaminan kepada Zidane bahawa dia akan tetap menjadi pengurus Perancis walaupun Deschamps membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 2022 sekalipun.

Namun Graet dikatakan telah membuat U Turn dan mendedahkan dia tak akan mengangkat panggilan daripada Zidane sekalipun kerana tidak berminat untuk menggantikan Deschamps dengan pengurus itu

Graet kemudian meletakkan jawatan selepas komen dianggap menghina legenda bola sepak Perancis itu.

Jika sebelum ini Zidane menolak banyak tawaran lain kerana menunggu jawatan di Perancis, termasuk dari Man United, pasukan kebangsaan Qatar, kelab dari Arab Saudi dan banyak lagi termasuk PSG serta Juve.

Kini dia mungkin sudah boleh memikirkan untuk melupakan jawatan di Perancis seketika memandangkan Deschamps sudah melanjutkan kontraknya.

Football Espana melaporkan Chelsea menjadi kelab yang sedang mempertimbangkan nama Zidane sebagai calon pengurus mereka jika Potter dipecat.

Sebelum ini Chelsea sudah menghubungi Mauricio Pochettino menyatakan bahawa mereka mahu pengurus itu menggantikan Potter jika dia dipecat. Namun Pochettino dilaporkan tidak berminat.

Graham Potter dalam tekanan luar biasa selepas hanya menang 2 perlawanan daripada 14 aksi terakhir The Blues.

Chelsea kini mempersiapkan tawaran bernilai €15 juta semusim untuk mendapatkan Zidane jika pengurus mereka dipecat.

Baca yang lain