Todd Boehly Sediakan Dana Dapatkan Ronaldo

Pemilik Chelsea, Todd Boehly sebelum ini dikatakan berminat untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo pada jendela musim panas lalu selepas pemain itu meminta untuk dilepaskan ke kelab yang bermain di UCL.

Ronaldo merupakan antara pemain yang paling berjaya dalam sejarah UCL dan memiliki beberapa rekod unik dalam pertandingan itu.

Selain itu, Ronaldo juga dikatakan mahu menjaga imejnya dari sudut komersial. Kerana dia memiliki banyak tajaan peribadi yang eksklusif. Jadi, untuk kekal beraksi di UCL adalah sangat penting baginya.

Namun perpindahan itu gagal direalisasikan kerana Manchester United enggan melepaskan pemain tersebut. Seterusnya, Thomas Tuchel dikatakan tidak begitu gemar dengan idea tersebut.

United kemudian dikatakan tidak menerima sebarang tawaran untuk pemain itu. Walaupun Todd Boehly berminat namun dia masih menghormati status Tuchel sebagai pengurus.

Tuchel kini sudah pun dipecat beberapa bulan lalu dan digantikan Graham Potter.

Todd Boehly sekali lagi menyatakan keinginannya untuk membawa Ronaldo ke Stamford Bridge.

Dengan pemilik itu sudah menyediakan dana bagi menampung perpindahan tersebut. Ronaldo mungkin boleh dilepaskan secara percuma pada Januari ini. Namun ia tetap akan membuatkan pasukan baharunya membayar angka yang tinggi untuk bonus tandatangan dan gaji pemain itu.

Jika United meminta bayaran untuk Ronaldo, kemungkinan mereka akan meminta lebih GBP25 juta, angka yang mereka bayar kepada Juventus sebelum ini.

Pemilik baru Chelsea, Todd Boehly sangat menyukai Ronaldo. Dia menganggap penyerang berusia itu boleh menjadi ikon baharu Chelsea.

Boehly sebelum ini pernah bertemu dengan ejen Ronaldo dan dia suka dengan idea untuk membawa Ronaldo ke Stamford Bridge pada musim panas lalu. Tetapi rundingan tidak dapat diteruskan kerana Tuchel enggan menerima idea itu.

Boehly mahukan Ronaldo Januari ini

Kini Boehly berpeluang lebih cerah untuk mendapatkan Ronaldo jika pemain itu benar benar mahu keluar.

Mendengar Ronaldo mahu meninggalkan Manchester United pada musim sejuk membuatkan Todd Boehly kini sedang memantau situasi pemain itu.

Ronaldo terlibat dalam satu lagi kontroversi balik awal sebelum perlawanan tamat di Manchester United. Pada pra musim lalu, dia balik awal selepas dikeluarkan pengurus. Tindakan yang dilabel oleh Erik Ten Hag sebagai tidak boleh diterima.

Dalam kontroversi terbaru, ketika aksi Manchester United menentang Tottenham Hotspur, pemain itu enggan dimasukkan sebagai pemain gantian. Dan kemudian beredar masuk ke terowong lebih awal sebelum perlawanan tamat.

Insiden itu tidak menggembirakan Ten Hag dan pengurus itu mengambil tindakan ke atas superstar Portugis itu.

Dia direhatkan dalam aksi berdepan Chelsea, didenda dan kemudian diarahkan berlatih dengan skuad pembangunan.

Ronaldo menyatakan kekesalannya dan penyesalannya. Dan menyatakan bahawa dia gagal menjadi contoh yang baik kepada pemain muda pada kali ini.

Ronaldo bertekad bahawa dia akan terus sentiasa cuba menjadi contoh yang baik kepada pemain pemain muda walaupun akur bahawa kadangkala dia pun gagal.

Ronaldo gagal menjadi pemain regular dalam kesebelasan utama di Manchester United musim ini. Namun Ten Hag masih menganggap dia pemain penting mereka.

Dalam kenyataannya baru-baru ini, Erik Ten Hag masih bertegas dengan pendiriannya, dengan menjelaskan bahawa dia tidak mahu menjual Ronaldo.

Dia berkata penyerang itu masih menjadi tonggak utamanya jadi dia tidak mahu melepaskannya sehingga musim 2022/23.

Apapun, segalanya ada kemungkinan berlaku jika Chelsea benar benar serius mahu mendapatkan pemain itu. Dan Ronaldo pula mendesak Man United melepaskannya.

Prestasi Ronaldo musim ini agak merisaukan. Dengan Piala Dunia 2022 yang semakin hampir, negaranya juga menagih ketajaman penjaring terbanyak sepanjang zaman mereka itu.

Ronaldo masih belum menunjukkan bahawa dia ada tanda tanda mahu bersara pada usianya yang sudah 37 tahun.

Sebelum ini dia pernah menyatakan bahawa dia masih boleh beraksi sehingga usianya 40 tahun.