Tolak Barcelona Selepas Ayahnya Minta Dia Sedar Diri

Tijani Reijnders mendedahkan sebab utama dia swing ke AC Milan walaupun sudah berunding dengan Barcelona.

Pada musim panas 2023 dia menegaskan bahawa dia hanya mahukan perpindahan ke AC Milan. Kenyataan itu dibuat setelah dia menolak  tawaran daripada Barcelona.

Sebab utama dia menolak tawaran Barcelona kerana ayahnya suruh dia agar sedar diri. Dia bukan Busquets tetapi hanyalah Tijani Reijnders.

Ayahnya berpendapat, Barcelona sebenarnya mahukan ‘Busquets’ yang baru. Ini akan memberikan dia tekanan untuk mengubah gaya permainannya di tengah.

Busquets adalah nadi penting DNA taktikal Barcelona pada era Guardiola dan beberapa lagi pengurus selepas itu.

Menjadi antara pemain terbaik dalam sejarah bola sepak Eropah. Sehingga ke hari ini Barcelona masih mencari pemain sistem seperti Busquets. Oleh sebab itu ayah kepada Reijnders meminta anaknya agar sedar diri dulu sebelum menyesal.

Dia bukan pemain yang sama dengan Busquets. Dia bukan pemain yang terlalu cerdas untuk game reading di atas padang dari segi taktikal.

Ayahnya memberitahu sebuah penerbitan berita di Belanda: “Saya menasihatkan anak saya untuk menolak Barcelona, ​​​​di sana dia akan menjadi simpanan dan terdapat risiko kegagalan seperti kebanyakan yang lain.

“Terdapat juga permintaan daripada kelab Inggeris, tetapi saya hanya bercakap dengan mereka melalui perantara. Dan hanya dengan Barcelona yang saya mempunyai kontak yang langsung, bercakap dengan pengarah teknikal Deco saya menyemak foto profilnya untuk mengesahkan bahawa itu benar-benar dia.

“Jelas sekali kami berpuas hati dengan minat Barcelona, tetapi mereka sedang mencari pengganti untuk Busquets dan saya segera memberitahu anak saya bahawa dia bukan jenis pemain itu, dia tidak mempunyai ciri-ciri mereka mahu.

“Dan sebelum dia sedar, dia akan terus berada di bangku simpanan dan menjadi pemain lain yang gagal di luar negara”. Di Milan, bagaimanapun, dia bermain sebagai permulaan dan telah menjadi pemain penting Fonseca.

Fonseca menganggap dia pemain yang mempunyai ciri-ciri unik, dan pemain ideal untuk pengurus tersebut. Milan malah menjadikan dia antara pemain teras untuk projek mereka.