Xabi Alonso sah akan terus kekal bersama dengan Bayer Leverkusen. Pengumuman rasmi itu sudah dibuat pada awal pagi tadi waktu Malaysia.
Dengan Bayern Munich dan Liverpool kedua duanya terlepas peluang untuk mendapatkan pengurus Bayer Leverkusen itu.
Sebelum ini Uli Hoeness sudah memberitahu media bahawa situasi Xabi Alonso ke Bayer adalah rumit dan meminta kelab itu agar segera beralih ke calon yang lain.
Bayern yang akan kehilangan Thomas Tuchel pada akhir musim ini. Sementara Liverpool turut kehilangan Jurgen Klopp pada akhir musim ini juga.
Alonso akan kekal bersama dengan Leverkusen yang dia anggap sebagai kelab paling tepat untuk dirinya membangun sebagai pengurus muda.
Ini kerana struktur pengurusan kelab itu yang benar benar membantunya selama ini. Sebelum ini CEO kelab sudah menyatakan bahawa mereka benar benar yakin bahawa Xabi Alonso akan terus kekal kerana dia sangat gembira di kelab itu.
Mereka malah sudah merancang untuk musim baharu bersama Alonso dan berjanji akan terus membantu pengurus itu.
Jadi, Alonso merasakan bahawa tempat yang dia ada sekarang adalah terbaik untuk dia membangunkan dirinya sebagai pengurus muda.
Alonso berkata: “Saya yakin ini adalah keputusan yang tepat, saya gembira di sini. Ada banyak spekulasi tentang masa depan saya. Namun saya benar benar fokus kepada pasukan saya.
“Saya nak melihat diri saya pada rehat antarabangsa yang lalu dan membuat keputusan. Pemain pemain di sini memberikan saya alasan yang banyak untuk terus percaya kepada pasukan ini. Kerana komitmen mereka, keinginan mereka dan rasa dahagakan kejayaan oleh mereka untuk melalui musim yang hebat.
“Tugas saya di sini masih tidak selesai.”
Ditanya sama ada benar bekas kelabnya, Bayern dan Liverpool mahu mendapatkannya, Xabi berkata: “Sesuatu yang tak betul untuk saya bercakap tentang kelab lain ketika mereka dalam situasi ini. Sudah tentunya ianya kelab kelab yang sangat dekat dengan saya kerana saya pernah bermain di sana. Jadi saya sangat hormati mereka.
“Saya ada keyakinan bahawa sekarang ini saya berada di tempat yang tepat di Bayer Leverkusen dan saya nak terus membangun bersama kelab ini, membangun bersama pemain pemain di sini.
“Kita terlalu banyak berspekulasi. Saya nak menikmati di mana saya berada dan saya sekarang sedang menikmati masa saya di Leverkusen.”