Tolak Tawaran €200 Juta Untuk Yamine Lamal, Bukti Barcelona Bukan Kelab Miskin

Barcelona membuktikan bahawa mereka bukanlah kelab yang miskin. Cuma situasi kewangan mereka agak sukar sahaja sekarang.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Joan Laporta yang menegaskan bahawa mereka telah menolak tawaran sebesar €200 juta untuk Yamine Lamal.

Menurut Laporta, keutamaan mereka masih lagi bola sepak bukannya wang. Mereka hanya akan menjual pemain yang mereka rasa perlu.

Sebelum ini Laporta banyak bermain money game dengan mendapatkan pemain seperti Aubameyang secara percuma dan menjualnya ke kelab lain.

Selain itu Emerson Royal antara yang pernah menyatakan dia kecewa kerana Barcelona membelinya kerana mahu menjualnya untuk harga lebih tinggi.

Setelah beberapa tahun menggunakan langkah yang dianggap terdesak itu, kini Barcelona semakin pulih. Dan mereka tidak ada masalah untuk menolak tawaran besar untuk pemain seperti Yamine Lamal.

Yamin Lamal menjadi bakat muda sensasi eropah yang menjadi perhatian ramai.

Laporta berkata: “Kami ada menerima tawaran untuk pemain seperti Lamine Yamal, sebesar 200 juta euro, dan kami mengatakan tidak untuknya.”

“Kerana kami percaya pada budak itu, pada potensi sukannya, dan kami tidak berminat dengan wang ditawarkan.”

 

Ramai percaya bahawa kelab yang mahu mendapatkan Yamine Lamal itu adalah PSG. Kerana mereka mahu mencari pemain muda berbakat besar menggantikan Kylian Mbappe pada jangka masa panjang.

Laporta memberitahu penolakan itu bukti bahawa itu isyarat jelas bahawa kelab mereka semakin pulih daripada kerosakan dicipta Bartomeu sebelum ini. Di mana kelab itu pernah dibebani hutang setinggi €1.3bn sehingga diberikan amaran bahawa mereka boleh muflis jika hutang itu terus bertimbun.

Kini Barcelona sedang berunding dengan beberapa penaja lain untuk perjanjian yang besar termasuk untuk tajaan jersi.

Mereka juga menjangkakan bahawa pendapatan kelab akan melonjak naik apabila Nou Camp kembali dibuka selepas proses renovasi.

Laporta menambah: “Kami juga dalam proses pemulihan ekonomi dan kami dapat melihat penghujung terowong selepas ini.”

Laporta turut mengesahkan bahawa mereka menerima banyak tawaran untuk pemain muda lain. Ada beberapa kelab merasakan Barcelona terdesak mahu menerima tawaran yang besar untuk pemain muda mereka.

Malangnya, Barcelona tidak rela dibuli di dalam jendela perpindahan. Pemain pemain ini hanya akan dijual jika pengurus tidak memerlukan mereka dalam perancangan pasukan. Itupun dengan harga sangat tinggi.

Pemain pemain muda ini ternyata menjadi tunjang kepada Barcelona dalam berdepan dengan krisis yang melanda. Tanpa pemain pemain muda berbakat dari La Masia ini, Barcelona pasti sukar untuk bersaing.

Ini ditambah dengan banyak sekatan yang dikenakan ke atas mereka. Termasuk sekatan perpindahan.

“Kami ada tawaran untuk semua pemain muda kami Pedri, Balde, Gavi dan Araujo. Bagaimanapun, kami tidak mahu menjual bintang kami,” kata Laporta lagi.

Baca yang lain