Sandro Tonali dilaporkan telah membuatkan seorang taik judi insaf dan tidak berjudi lagi.
Sandro Tonali digantung daripada bola sepak beberapa bulan kerana kesalahan perjudian haram. Berita itu menjadi tamparan hebat buat Newcastle yang baru menandangani pemain itu dengan nilai £55 juta.
Laporan di Itali menyebut ketagihan Tonali itu sudah dikesan AC Milan. Itulah sebab kelab itu sanggup menjual murah Tonali. Musim sebelum itu dia pemain tengah terbaik Milan.
Berdasarkan kadar inflasi semasa pada bursa perpindahan, harga £55 juta benar benar dianggap jackpot untuk Newcastle.
Namun dia dihukum kerana kesalahan berjudi. Dia awalnya dihukum oleh mahkamah Itali. Kes itu kemudian dipanjangkan ke FA England yang turut mengambil tindakan ke atas pemain itu.
Dia digantung 10 bulan. Awalnya pendakwaan mahukan dia dihukum lebih lama. Namun mengambil kira ini kesalahan pertama Tonali dan kerjasama yang diberikannya kepada pihak berkuasa, maka hukuman hanya 10 bulan.
Bantu pekerja kilang
Dan dia menggunakan masa 10 bulan tersebut untuk pergi ke rehabiltasi dan kaunseling. Pada masa yang sama dia membantu seorang pekerja kilang keluar daripada ketagihan judi.
Tonali melawat pekerja kilang itu dan dia mulai menceritakan masalah ketagihannya. Di mana dia mendapat gaji £2,000 sebulan di kilang paip gas kadangkala pokai. Walaupun gaji itu agak lumayan.
Kemudian pekerja itu selalu mengambil kerja lebih masa untuk menyokong perbelanjaan keluarganya. Dia akui terlalu banyak buang duit pada judi.
Tonali memberitahu lelaki itu: “Saya dah buang semua aplikasi judi itu di telefon saya sejak tahun lalu. Dan saya rasa hidup saya lebih bebas.
“Dan saya rasa lebih sihat daripada tekanan kerana sudah tidak memikirkan tentang benda tu lagi.
“Sebelum ini saya tak boleh tinggalkan telefon kat bilik pun. Kini saya boleh keluar dari rumah tanpa fon. Saya cuma pegang telefon apabila keluarga saya telefon saya. Terutama ayah dan emak saya.”
Di sini semua orang respect kamu – Tonali
Tonali akui pada awalnya dia rasa sangat sunyi kerana dia mulai terasing daripada semua orang. Namun dia berterima kasih kerana England ternyata tempat lebih baik untuk dia menghadapi perkara itu.
“Pada dua bulan pertama, saya terasing daripada semua orang. Dan sekarang saya sudah kembali ke kehidupan saya, berlatih setiap hari walaupun tak dapat bermain.
“Dan saya rasa saya telah membayar kesalahan saya selama ini. Rakan rakan dan jurulatih saya sentiasa menjaga saya, begitu juga staf dan pengurusan.
“Penyokong Newcastle dan penyokong lawan tak pernah menghakimi kesalahan saya. Di sini mereka hormati bahawa setiap orang itu ada masalah mereka tersendiri.
“Mereka tidak terlalu mendesak dan mereka sentiasa cuba membantu kamu.
Lelaki itu benar benar mengambil iktibar dan mendengar nasihat Tonali dan akhirnya dia tidak berjudi lagi.