Mohamed Salah meneruskan aksi tajamnya di hadapan gol dengan satu lagi musim 20 gol ketika berhadapan dengan Bournemouth.
Ini telah menjadikan Mohamed Salah pemain pertama selepas Michael Owen menjaringkan 20 gol semusim untuk 3 musim berturut–turut.
Mohamed Salah has now scored at least 20 goals in all competitions for 3 seasons in a row. He's the first Liverpool player to do so since Michael Owen! pic.twitter.com/eeHqTP0gdc
— Forever Red (@ForeverRedUK) March 8, 2020
Gol itu juga merupakan gol ke-70 Mo Salah dalam 100 penampilan pertama untuk Liverpool.
Ia adalah rekod tertinggi untuk kelab bagi pemain yang bermain 100 penampilan.
Dan ketika ini hanya Alan Shearer mencatatkan rekod gol yang lebih tinggi berbanding dengan Mo Salah dengan 79 gol daripada 100 penampilan ketika beraksi untuk Blackburn Rovers.
Mo Salah turut mengatasi pemain seperti Ruud Van Nistelrooy, Sergio Aguero dan Fernando Torres di dalam senarai itu.
Gol itu telah mengembalikan semula Mohamed Salah ke landasan persaingan kasut emas Liga Perdana Inggeris selepas beliau memenanginya 2 musim berturut-turut sebelum ini.
Setakat ini hanya 2 pemain yang menang kasut emas 3 musim berturut turut selepas Alan Shearer dan Thierry Henry.
Ketajaman Salah di hadapan gol telah menjadikan beliau tunjang utama kempen Liverpool sejak menyertai The Reds.
Mohamed Salah since joining Liverpool:
1st season:
– Highest scorer in a PL season ever
– Golden Boot
– 44 Goals in all competitions2nd season:
– Golden Boot
– 27 Goals in all competitions3rd season:
– Golden Boot contender
– 20 Goals in all competitionsLegend. pic.twitter.com/8Bwnn4U0at
— – (@EnRouteAnfield) March 7, 2020
Jadi, Liverpool FC telah memuat naik satu video khas memaparkan kesemua gol Mo Salah untuk Liverpool setakat ini. Enjoy!
Pada ketika ini, Liverpool berada di tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan perbezaan 25 mata daripada Manchester City. Satu jarak yang sangat besar.
Liverpool hanya memerlukan 6 mata sahaja lagi untuk sah dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris 2019/20.