Tony Ferguson ‘Sound’ McGregor: “Hutang $500k Tu Jangan Buat Buat Lupa, Aku Nak Pakai Duit”

Tony Ferguson Mengatakan Conor McGregor buat buat lupa hutang $500k dia kepada Ferguson. Dan beliau mahukan wang itu sekarang untuk kegunaan pengurusannya.

Bekas juara kelas ringan sementara UFC Tony Ferguson baru-baru ini menuduh Conor McGregor dan bekas syarikat pengurusan ‘Paradigm Sports Management’ kerana melakukan taktik kotor di belakangnya.

Tony Ferguson sudah meninggalkan Paradigm Sports dan kini di bawah label Bellengee Group.

El Cucuy mendakwa bahawa McGregor dan Paradigm Sports Management berhutang $500,000 kepadanya. Ini kerana kedua-duanya gagal menjadualkan pertarungan antara dia dan petarung Ireland ketika mereka berdua berada di bawah kelas yang sama.

Lalu, El Cucuy meminta pampasan kerana kegagalan Paradigm Sports memuktamadkan pertarungan itu.

Tony Ferguson juga menyatakan bahawa pasukan pengurusan tersebut lebih mengutamakan The Notorious dan memanipulasi sistem “bersama dengan UFC” untuk mendapatkan wang sebanyak yang mungkin – berbanding dengan mengatur pertarungan atas dasar kesukanan.

Ferguson  tidak akan berpuas hati sehinggalah dia memenangi kelas ringan. Dia berkata:

“Dia berhutang dengan saya sekitar setengah juta. Kamu kena faham itu.”

“Conor berhutang dengan saya dan saya sedang mengejar dia sekarang ni. Sebab tu dia selalu ketawa sepanjang masa setiap kali saya naikkan status di media sosial.”

“Kamu melihat Proper 12 (wiski keluaran McGregor) ada di mana-mana, mereka (Pengurusan Sukan Paradigma) mahu dia menjadi juara, f *k korang la dan ular berkepala tujuh,” katanya kepada BT Sport.

Tony Ferguson kemudian mengkritik sistem ranking UFC dan juga beberapa petarung yang menurutnya cuba mengelakkan diri daripada bertemu dengannya. Ini termasuk Khabib Nurmagomedov, Conor McGregor dan Dustin Poirier.

Tony Ferguson juga mengklaim kesemua mereka takut berhadapan dengannya. Dan berkata, cuma Charles Oliveira sahaja yang benar benar serius mahu bertarung dengannya dalam UFC 256 di  UFC APEX , Las Vegas, Nevada.

Namun begitu pertarungan itu berpotensi dibatalkan. Tony Ferguson baru baru ini mengutuk Olivera yang tidak menepati had berat badan – dan terlebih buang berat badan.

Ferguson menegaskan di dalam Instagramnya, bahawa dia tak ada kompromi tentang berat badan. Jika petarung Barzil itu gagal menepati takuk yang ditetapkan, maka petarungan itu tidak akan berlaku – bermakna Olivera akan terlepas PPV akan datang.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di