Tony Ferguson Ucap Selamat Tinggal Kepada Khabib Dengan Gurau Kasar

Tony Ferguson tidak ketinggalan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Khabib Nurmagomedov, tetapi dengan nada yang agak kasar.

Biasalah, El Cucuy kan. Dia memang suka cakap kasar kat orang. Tapi dia juga dikenali dengan sikap profesional. Misalnya ketika berdepan Gaethje.

Dia bukan main lagi cakap kasar kepada Gaethje. Namun selepas tamat pertarungan dia menerima kekalahan dan mengucapkan tahniah kepada lawannya itu.

Tony Ferguson mengucapkan salam perpisahannya dengan Khabib menerusi Instagram Story.

Ianya selepas petarung dari Dagestan itu mengumumkan persaraannya selepas UFC254.

Selain menunjukkan gambar dengan Khabib dan Presiden UFC, Dana White, menjelang UFC 249, Ferguson juga menulis ayat.

“Sampai jumpa lagi bodoh [fathead],” tulis Ferguson.

El Cucuy sudah lama mengidam untubertemu dengan Khabib. Begitu juga dengan Khabib yang pernah menyatakan pertarungan menentang Ferguson adalah penghormatan baginya untuk melengkapkan legasinya.

Nurmagomedov menganggap Ferguson lawan paling dia gemari kerana kualitinya. Seterusnya, jurulatih Khabib sendiri menyatakan, pada hari ini, Khabib petarung yang sangat bagus.

Namun jika beliau diminta memilih satu nama yang boleh memberikan masalah dan menewaskan anak buahnya, orang itu adalah Tony Ferguson.

Ini kerana Ferguson juga sangat kuat di ground duel. Malang sekali Ferguson tewas kepada Gaethje dalam pertarungan perebutan kejuaraan interim.

Dalam karier mereka, ada sahaja halangan setiap kali mereka dipadankan bertarung.

5 kali pertarungan mereka dibatalkan atas pelbagai alasan.

Perancangan pertarungan pertama mereka yang gagal berlaku adalah pada tahun 2015 di Ultimate Fighter 22 Finale yang dibatalkan kerana Khabib mengalami kecederaan tulang rusuk.

Pada tahun 2016 pertarungan dalam UFC pada Fox 19 juga tidak dapat dilaksanakan kerana Ferguson mengadu sakit kerana terdapat cecair di paru-parunya.

Setahun kemudian; Khabib vs Ferguson dibatalkan lagi pada tahun 2017 di UFC 209 kerana Khabib sakit semasa program penurunan berat badan.

UFC 249, yang awalnya menjadikan pertarungan Khabib vs Ferguson sebagai acara utama, malangnya, ianya juga tidak berlaku kerana pandemik.

Lalu ramai menganggap pertarungan mereka adalah ibarat satu sumpahan kerana ada sahaja yang menghalang.

Namun ramai juga menyatakan ia sebagai pertarungan yang tak pernah terjadi yang paling mereka idamkan untuk saksikan,

Khabib memutuskan untuk bersara selepas berjanji dengan ibunya bahawa aksi berdepan Gaethje adalah yang terakhir.

Khabib juga menegaskan adalah mustahil untuknya kembali semula ke Octagon tapna ayahnya – Abdulmanap Nurmagomedov, yang meninggal dunia pada 3 Julai 2019.

Baca yang lain