Tore Andre Flo: Kekasih Hati Stamford Bridge Ketika Dahulu Yang Skor 8 Gol Di UCL

Nama Tore Andre Flo terlalu indah di mulut penyokong Chelsea. Terutama sekali yang menyokong Chelsea pada 90-an.

Selepas dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool atau Everton, pemain antarabangsa Norway, Tore Andre Flo memilih untuk menyertai revolusi Chelsea Ruud Gullit pada bulan Mei 1997.

Everton tu ok lagi, nak tolak Liverpool masa tu untuk Chelsea kau ingat senang ke?

Kontrak beliau dengan Brann Bergen hampir tamat, dan Chelsea membayar hanya £ 300,000.

Impak segera

Flo memberikan impak segera bersama The Blues dengan menjaringkan gol pertama dalam masa kurang 10 minit selepas dimasukkan menggantikan Mark Hughes, pada pembukaan musim 97/98.

Beliau pemain yang tinggi lampai. Dikenali sebagai target man klasik. Memberikan ancaman dengan tandukannya.

Flo mendapat liputan meluas dan viral di Berita Harian. Ye la masa tu tiada Facebook kan.

Namun selepas pujian melambung ke atasnya, Flo berhadapan dengan sedikit kesukaran. Beliau kemarau gol teruk masa tu.

Dan gol pertama beliau akhirnya tiba pada November ketika Chelsea menang 2-0 ke atas Aston Villa.

Tidak lama selepas itu, Tore Andre Flo menjaringkan hatrik dalam kemenangan 6-1 Chelsea ke atas Spurs.

Dua minggu kemudian, Chelsea berkunjung ke Sheffield Wednesday pemain tinggi lampai Norway menjaringkan satu lagi gol dalam kemenangan 4-1 Chelsea.

The Blues akhirnya menmatkan liga di tempat keempat di Liga Perdana pada tahun itu.

Tore Andre Flo menjaringkan 11 gol dalam 34 perlawanan (18 sebagai pemain gantian).

Musim penuh kenangan

Tetapi musim 97/98 adalah aksi paling cemerlang beliau. Membantu Chelsea menamatkan saingan dengan kejuaraan Piala Coca Cola / Piala Liga, hari ini digelar Piala Carabao.

Seterusnya beliau membantu Chelsea memenangi Piala European Cup Winners.

Pada piala Coca Cola, Flo menjaringkan gol kemenangan ke atas Southampton dan Ipswich.

Dan perlawanan akhir menentang Middlesbrough, beliau menggantikan Mark Hughes sebelum penghujung waktu sebenar.

Tore Andre Flo memberikan masalah besar kepada Middlesbrough pada masa tambahan 30 minit ketika itu.

Chelsea menang 2-0 selepas bergelut berhadapan dengan Boro yang bertahan dengan kental.

Tidak lama selepas itu, beliau membantu Chelsea menjuarai Piala European Cup Winners dalam kempen musim tersebut.

Beliau menjaringkan  2 gol ketika away di Real Betis pada suku akhir pertama. Gol yang memberikan Chelsea agregate 2-1.

Pada perlawanan kedua, Chelsea menang 3-1 di Stamford Bridge hasil jaringan Gus Poyet, Zola dan Mark Hughes.

Chelsea mara ke final dan menewaskan  berada Stuttgart di Stockholm. Flo bermain sebagai kesebelasan utama pada final itu.

Menjadi deputy sekali lagi

Ketibaan Pierluigi Casiraghi pada musim panas tahun 1998 membuatkan Tore Andre Flo kembali ke bangku pada musim 1998/99.

Beliau memberikan impak yang mengejutkan pada perlawanan di Blackburn pada September, ketika ia menggantikan Casiraghi – sepuluh minit sebelum wisel penamat – di mana Flo menjaringkan dua gol yang menjadikan defisit 3-2 menjadi kemenangan 4-3.

Namun peluang Flo untuk bermain di kesebelasan utama di bawah Luca Vialli sangat tipis. Sehinggalah Casiraghi terpaksa bersara dari bola sepak kerana masalah kecederaan.

Beliau sekali lagi memberikan impak segera. Beliau menjaringkan 5 gol dalam 8 penampilan. Ini termasuk membawa Chelsea ke puncak liga hasil kemenangan 2-1 ke atas Aston Villa.

Malangnya, ketika menikmati tempatnya dalam pasukan utama, Tore Andre Flo mengalami kecederaan ketika aksi FA Piala di Oldham. Beliau berehat 7 minggu.

Kehilangan Tore Andre Flo membuatkan Chelsea bergelut dan menamatkan saingan di tangga ketiga dalam Liga Perdana Inggeris musim itu.

Flo menjaringkan tiga gol selepas kembali, termasuk gol kemenangan 3-0 di Villa Park.

Dengan kejayaan mara ke kempen Liga Juara-Juara pada musim seterusnya, Vialli yelah merekrut Chris Sutton dari Blackburn Rovers. Tore Andre Flo sekali lagi di bangku simpanan.

Pada perlawanan pembukaan Chris Sutton ‘miss’ dua peluang keemasan berhadapan Sunerland. Suttin kemudian digantikan dengan Tore Andre Flo.

Beliau masuk dan terus menjaringkan gol. Membantu Chelsea menang 4-0 dalam aksi tersebut.

8 gol dalam UCL

Flo mencetak sepuluh gol dalam liga lagi perlawanan liga musim itu, dan satu gol lagi dalam kemenangan suku akhir Piala FA 5-0 ke atas Gillingham.

Namun aksi paling diingati apabila beliau menjaringkan 8 gol untuk Chelsea dalam kempen Liga Juara Juara Eropah 1999/20.

Bermula musim 2000/01, Tore Andre Flo kembali semula ke bangku simpanan. Beliau membuka akaun gol musim itu dengan mengikat Man United 3-3 di Old Trafford – dalam debut Claudio Ranieri sebagai pengurus.

Fasa akhir karier di Stamford Bridge

Namun ketika itu Chelsea memiliki bintang baharu iaitu Jimmy Floyd Hasselbaink dan Eidur Gudjohnsen. Membuatkan beliau sukar untuk mendapat tempat di dalam pasukan.

Beliau akhirnya meninggalkan Chelsea dengan yurang perpindahan £12 juta ke Glasgow Rangers.

Beliau kemudian menyertai beberapa pasukan lagi termasuk bermain kembali bersama Denise Wise ketika di Leeds.

Tore Andre Flo bersara penuh pada 2009.

Beliau dianggap antara figura yang paling disayangi di Stamford Bridge kerana sentiasa menjelmakan magis apabila diperlukan.

Baca yang lain

‘Remontada InsyaAllah’ Kata CR7

Cristiano Ronaldo dengan spontan menyebut ‘remontada InsyaAllah,” ketika ditanya tentang peluang Al Nassr dalam aksi Liga Juara Juara Asia musim ini. Al

Guardiola Cabar De Bruyne

Playmaker sensasi Man City, Kevin De Bruyne sekali lagi terlibat dalam pertelingkahan tepi padang dengan Pep Guardiola. Kali ini De Bruyne tidak