Tottenham Minta £120 Juta Untuk Harry Kane

Tottenham Hotspur dilaporkan sudah meletakkan tanda harga untuk Harry Kane kepada Bayer Munich.

Di mana kelab London itu meminta sekurang kurangnya £120 juta untuk pemain tersebut.

Bayern sudah melakukan 2 bidaan rasmi untuk membeli Kane. Tawaran pertama bernilai £60 juta. Dan yang kedua adalah £70 juta.

Namun kedua duanya ditolak oleh kelab semasa Kane iaitu Tottenham Hotspur.

Kini Bayern bersedia melakukan bidaan ketiga untuk mendapatkan kapten antarabangsa England itu.

Lebih lebih lagi, Harry Kane turut berminat untuk menyertai Bayern Munich bagi mencerahkan lagi peluangnya memenangi piala major pertama dalam karier bola sepak profesionalnya.

Spurs yang bertegas bahawa pemain itu bukan untuk dijual. Dan mereka hanya akan mempertimbangkan tawaran pada harga bermula £120 juta untuk Harry Kane yang kontraknya akan berakhir pada Jun 2024.

Kane menjadi sasaran utama Thomas Tuchel. Dan Tuchel sudah meyakinkan Kane bahawa dia boleh membantu kelab itu menjadi juara Liga Juara Juara Eropah.

Tuchel pernah memenanginya bersama Chelsea sebelum ini. Bayern sentiasa meletakkan UCL sebagai penanda aras utama kejayaan mereka.

Kejayaan domestik seperti Bundesliga dianggap kredit minimum untuk kelab seperti Bayern di Jerman.

Bayern terasa kehilangan Robert Lewandowski yang memberikan mereka 30+ gol semusim.

Musim lalu mereka hampir terlepas Bundesliga kepada musuh tradisi mereka, Borussia Dortmund.

Daniel Levy kekal yakin bahawa Harry Kane akan terus kekal di Spurs. Dan bersara di kelab itu. Spurs malah sedang berkira kira memberikan Kane tawaran baharu bernilai £400 ribu seminggu.

Levy turut menegaskan bahawa Kane sentiasa teruja dengan kemungkinan dia akan menamatkan kariernya sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman di EPL. Ketika ini hanya Alan Shearer yang lebih banyak gol EPL berbanding Kane.

Levy juga yakin bahawa Kane akan tetap memenangi trofi jika terus kekal di Spurs. Dan meminta pemain itu tidak tertekan memikirkan untuk mencari trofi di kelab lain.

Harry Kane dianggap sebagai salah seorang no.9 terbaik sepanjang zaman berdasarkan rekodnya. Namun dia seringkali dipandang rendah oleh ramai pihak kerana rekod trofinya.