Tottenham Hotspur pada jendela perpindahan kali ini cuba untuk mendapatkan David Raya sebagai penjaga gol baharu mereka.
Namun pada Hari Raya Korban pada hari ini, Spurs masih belum dapat Raya.
Mereka sudah lama mahu Raya. Malangnya Brentford tidak memudahkan proses itu. Kerana permintaan harga dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, Spurs dilaporkan sangat hampir dapat Raya pada jendela perpindahan kali ini.
Wartawan Sami Mokbel menerusi podcastnya, melaporkan bahawa Spurs dan Brentford sebelum ini sangat hampir mempersetujui penjualan David Raya.
Spurs sangat terdesak mahu mencari pengganti Hugo Lloris yang mulai menunjukkan isu tidak konsisten kerana faktor usia.
Kemudian, Spurs mengumumkan Vicario sebagai penjaga gol baharu mereka. Membuatkan ramai merasakan bahawa Spurs kini sudah mulai melupakan David Raya.
Mokbel menegaskan bahawa David Raya kekal menjadi sasaran utama sebagai penjaga gol no.1 kelab.
David Raya tiada masalah langsung menyertai Spurs dan setuju dengan terma dan syarat peribadi.
Masalah utama adalah harga. Brentford berkeras mahukan £40 juta untuk David Raya. Namun Spurs hanya menawarkan £20 juta – kerana penjaga gol Sepanyol itu berada pada tahun akhir kontraknya.
Kemudian Spurs menawarkan lagi tawaran lebih besar untuk mendapatkan Raya. Namun masih di bawah paras diminta Brentford.
Ramai peminat Spurs sendiri merasakan bidaan itu terlalu rendah, dan mengingatkan Daniel Levy bahawa sekarang bukan macam dulu, di mana pemain tahun akhir kontrak biasanya dibeli di bawah harga £20 juta.
Walaupun peminat Spurs mulai ragu kemampuan kelab itu untuk mendapatkan David Raya, namun Mokbel menjelaskan dalam situasi sekarang, Spurs mungkin dilihat tidak akan dapat Raya.
Namun jika kelab itu benar benar serius mahu membawa 2 penjaga gol pada jendela perpindahan kali ini, mereka sudah berada pada fasa sangat hampir mendapatkan David Raya.
Mokbel berkata: “Ketika ini, seolah olah pembelian David Raya tak akan berlaku, kecuali kelab Spurs benar benar mahu membawa masuk 2 penjaga gol pada jendela perpindahan kali ini.”
“Namun saya nak jelaskan, Spurs sudah berada pada fasa sangat hampir dapat Raya.”
Tottenham are assessing options for new goalkeeper 🚨⚪️ #THFC
◉ Guglielmo Vicario, in the list after fantastic season in Serie A.
◉ David Raya, personal terms agreed but Spurs won’t pay £40m.
◉ Giorgi Mamardashvili, contacts on player side to be informed on deal conditions. pic.twitter.com/xazeP0M9Bf
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 21, 2023
“Dibezakan dnegan beberapa juta pound je lagi. Malangnya Daniel Levy buat kepala dia, terus katakan tidak mahu! Mereka tak sanggup bayar £40 juta diminta Brentford.”
“Sekarang ini, Vicario akan berdepan banyak tekanan. Lloris beraksi teruk musim lalu, namun dia kekal legenda kelab.”
“Dia akan meninggalkan jurang besar untuk penjaga gol yang mahu menggantikannya.”
Vicario bermain banyak perlawanan di Serie A musim lalu. Namun peminat Spurs rasa rasa tidak banyak mengetahui tentang penjaga gol itu dan berhara dia akan menjelmakan keajaiban pada musim pertama nanti.
Penjaga gol 26 tahun itu sendiri pastinya sedar dengan tekanan itu, lebih lebih lagi Levy sudah berjanji dengan Harry Kane bahawa dia mahu membina projek memenagi trofi.
Berbanding David Raya, penjaga gol itu sudah menunjukkan aksi yang konsisten di dalam EPL. Dan dianggap calon lebih baik.
Namun Daniel Levy lebih memikirkan keuntungan dari segi perniagaan berbanding dengan bola sepak, dengan mendapatkan Vicario.
Only two goalkeepers made 150+ saves in Europe's top seven leagues in 2022/23:
◉ 170 – Stijn van Gassel
◎ 154 – David RayaA couple of very busy seasons. 😮💨 pic.twitter.com/qHI2oIdAbR
— Squawka (@Squawka) June 25, 2023