Totti: “Ibrahimovic Sentiasa Betul, Dia Mana Pernah Salah”

Kapten legenda AS Roma, Francesco Totti, berpendapat bahawa Zlatan Ibrahimovic tidak pernah membuat keputusan yang salah dalam kariernya.

Francesco Totti menghabiskan seluruh kerjayanya sebagai pemain bola sepak profesional di AS Roma. Dia adalah pemain 1 kelab yang setia.

Totti bermain untuk Roma dari 1 Januari 1993 hingga 1 Julai 2017. Selepas itu dia bersara terus daripada bola sepak.

Francesco Totti mengetuai Giallorossi untuk memenangi Liga Itali pada tahun 2001. Dan ianya kekal Scudetto terakhir AS Roma sehingga ke hari ini. Totti dianggap pemain paling legenda dalam sejarah AS Roma.

Totti turut membantu AS Roma mendapatkan dua trofi Coppa Italia dan dua kejuaraan Piala Super Itali pada ketika itu.

Selain itu, Totti adalah sebahagian daripada skuad pasukan kebangsaan Itali yang memenangi Piala Dunia 2006.

Walaupun mempamerkan kekuatan mental yang luar biasa sebagai seorang pemain, Francesco Totti berpendapat dia mungkin tidak mampu menghadapi ujian seperti penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic.

Sejak 25 Mei 2022, Ibrahimovic sedang dalam proses pemulihan daripada pembedahan lutut.

Penggempur veteran itu menghadiahkan gelaran Serie A 2021-2022 untuk AC Milan. Dan kini dia dijangka akan berehat sekitar 235 hari selepas pembedahan tersebut.

Francesco Totti turut memberikan pendapatnya mengenai tempoh pemulihan Zlatan Ibrahimovic yang sangat lama itu.

Di mana menurut Totti, jika dia di tempat Ibra, dia mungkin akan memutuskan untuk bersara. Dengan mengambil kira tempoh yang panjang untuk berehat dan juga usianya yang sudah 40 tahun.

“Jika saya benar-benar terpaksa tersisih untuk tempoh selama enam atau tujuh bulan, maka saya mungkin berputus asa,” kata Francesco Totti kepada Sky Sport Italia.

Namun begitu, Totti percaya Ibrahimovic adalah berbeza. Dia tak akan pernah berputus asa. Dia pasti akan bangkit kembali dan meneruskan lagi kariernya seperti mana yang dia ikrarkan sebelum ini.

Sambil dia menyatakan bahawa, Ibrahimovic sentiasa betul dalam keputusannya.

Totti menambah: “Namun, kita semua tahu bagaimana perwatakan Ibra. Dia pastinya enggan berputus asa dan akan kembali.”

“Saya pasti apa sahaja yang dia pilih, ia tidak akan menjadi keputusan yang salah,” sambung Totti lagi.

Tidak seperti Francesco Totti, Zlatan Ibrahimovic dianggap pemain nomad di dalam kariernya. Di mana dia telah memperkuatkan tiga kelab sepanjang berada di Itali.

Ibrahimovic pernah bermain untuk Juventus, Inter Milan dan AC Milan.

Pada usia 40 tahun, Ibrahimovic masih aktif bermain untuk Rossoneri di peringkat tertinggi.

Dalam kempen Liga Itali 2021-2022, Ibrahimovic telah bermain dalam 23 perlawanan. Zlatan Ibrahimovic menyumbang lapan gol dan tiga assist untuk AC Milan.

Bagaimanapun, sepanjang musim 2021-2022, Ibrahimovic telah mengalami kecederaan empat kali.

Secara keseluruhan, Zlatan Ibrahimovic terpaksa terlepas 18 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini.

Beliau kini sedang berunding untuk menerima pengurangan gaji di AC Milan dalam usahanya untuk terus kekal bersama dengan kelab itu.

Ibrahimovic menjadi nadi penting AC Milan sejak dia kembali ke kelab Serie A itu. Bak kata Totti dia sentiasa membuat keputusan yang betul.

Ketika dia mula mula kembali ke AC Milan dia berkata dia datang untuk memenangi Serie A sekali lagi. Dan ketika itu ramai menganggap ianya tugas mustahil kerana dominasi Juventus.

Ditambah dengan masalah kewangan AC Milan serta krisis prestasi yang tidak menentu.

Namun Zlatan membuktikan bahawa dia adalah betul. Dan dia benar benar membantu kelab itu menjuarai Serie A sekali lagil.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.