Totti Nekad Korbankan Baki Kariernya Demi AS Roma

Francesco Totti memang dikenali dengan kesetiaan beliau kepada AS Roma. Beliau membuka cerita di mana beliau nekad bersara kerana tak mahu memakai jersi pasukan lain.

Francesco Totti mengorbankan baki kariernya kerana AS Roma.

Ketika itu, Totti sudah kehilangan tempat dalam pasukan AS Roma, dan beliau masih lagi mahu bermain banyak perlawanan.

Namun Totti akur bahawa standard di AS Roma membuatkan beliau sukar untuk menempatkan diri.

Totti masih mampu menjadi pemain utama di beberapa pasukan midtable yang lain. Tetapi beliau merasakan, dirinya tak sanggup untuk memakai jersi pasukan lain, terutama sekali pasukan di Itali.

Selain daripada tawaran dari Itali, Totti juga mendapat tawaran lumayan dari negara seperti Amerika Syarikat dan UAE.

Totti menyatakan ia seolah olah mencemarkan legasi beliau di Roma – sekiranya beliau bermain untuk pasukan lain.

Lalu beliau memutuskan adalah lebih baik untuk bersara sahaja daripada bola sepak.

Totti berkata kepada Sky Italia: “Setiap orang bebas untuk membuat keputussan. Saya ada peluang untuk terus bermain pada fasa akhir karier saya.”

“Saya nak terus bermain kerana saya merasakan saya masih mampu untuk memberikan sesuatu di atas padang.”

Tetapi Totti memikirkan, mengorbankan setahun ataupun dua tahun lagi hanya untuk memuaskan keinginannya bermain bola sepak, tidak memberikan banyak perbezaan.

Beliau juga menegaskan beliau mahu terus berpaksikan pada landasan impiannya untuk bermain untuk satu kelab yang beliau sayangi iaitu AS Roma.

“Namun setahun dan dua tahun, apalah sangat bezanya. Ianya tak mengubah banyak pun.”

“Saya dari dulu hanya ada satu impian iaitu untuk memakai satu jersi sahaja. Setahun dua bermain dengan pasukan lain, akan memadamkan segala legasi dan apa yang telah saya ikuti sepanjang hidup saya.”

“Saya mendapat tawaran dari Amerika Syarikat dan Emiriah Arab Bersatu.”

“Di Itali ada beberapa pasukan yang mahukan saya, misalnya Sampdoria juga pernah mahukan saya.”

“Presiden Sampdoria juga peminat AS Roma, dan beliau sanggup memberikan apa sahaja saya mahukan asalkan saya bermain bersama dengan mereka.”

“Namun akhirnya saya memilih untuk bersara.”

Francesco Totti merupakan legenda sejati AS Roma. Pemain yang pernah membantu generasi emas AS Roma menjuarai Serie A.

Dalam kariernya Totti pernah ditawarkan untuk menyertai generasi Galaticos di Real Madrid. Tetapi beliau tidak sanggup untuk menukar kesetiannya dengan wang dan juga piala.

“Tawaran paling hebat untuk saya meninggalkan AS Roma – adalah daripada Real Madrid pada 2004.”

“Saya memutuskan untuk tidak menukar jersi ini dengan gaji yang banyak.”

“Dan saya memiliki segalanya. Bagi saya, cinta dan semangat yang saya miliki untuk pasukan ini lebih bermakna daripada mana mana duit dan trofi.”

Begitulahs setianya insan bernama Francesco Totti kepada kelab yang disayanginya, AS Roma.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan