Townsend Nafi Menganjing Dan Ronaldo Tidak Koyak Kerana Keraian Siuuuu!

Andros Townsend memastikan Everton membawa pulang satu mata dari gelanggang keramat Manchester United. Townsend meraikan golnya dengan keraian gaya Cristiano Ronaldo di hadapan pemain itu sendiri dan peminat Manchester United.

Townsend menjaringkan gol pada separuh masa kedua untuk menyamakan kedudukan. Man United mendahului pada lewat separuh masa pertama menerusi Anthony Martial.

Ramai yang menganggap Townsend mengejek dan menganjing Ronaldo dan penyokong Man United.

Pemain itu kemudian menjelaskan bahawa dia tidak ada niat mengejek. Dia cuma teruja berkongsi padang dengan Ronaldo yang menurutnya, merupakan pemain idolanya.

Townsend memberikan penghormatan kepada Ronaldo dengan keraian siuuuu tersebut.

Bercakap kepada BT Sports: “Tidak menghormati dia ?” reaksi beliau terkejut dengan tuduhan dia sedang mengejek Ronaldo.

“Pemain ini [Ronaldo] adalah idola saya. Keraian itu untuk menunjukkan sedikit rasa hormat dan penghormatan kepada Cristiano.”

“Adalah suatu penghormatan untuk berkongsi padang yang sama dengannya.”

“Saya menghabiskan masa berjam-jam berlatih di padang dan di bilik video, menganalisis teknik tendangan bebas dan langkahnya serta cara dia mendedikasikan dirinya untuk bola sepak,” katanya kepada BBC Sport.

“Jadi keraian itu bukan kerana biadap, itu adalah tanda menghormati salah seorang pujaan saya.”

“Saya mungkin tidak melakukan keraian itu dengan betul.”

Kemudian ramai yang menuduh Ronaldo koyak dan tidak mahu bersalaman atau memandang Townsend.

Sebenarnya Ronaldo baik baik sahaja. Townsend menjelaskan bahawa dia pergi ke arah Ronaldo dan menjelaskan tindakannya. Dia berharap Ronaldo tidak salah anggap tentang keraian tersebut.

Townsend malah meminta jersi Ronaldo selepas perlawanan itu. Dan beliau berjaya mendapatkannya.

Townsend berkongsi detik istimewa itu menerusi Instagramnya.

Ronaldo dilihat hampa kerana gagal mendapatkan 3 mata. Kerana pemain itu memang memiliki mentaliti kemenangan yang sangat tinggi.