Tragedi 23 Mei 1999: Owen Hart Terlibat Nahas Kerana Kecuaian WWF

Bagi peminat gusti WWE/WWF/WCW, nama Owen Hart pastinya masih segar dalam ingatan. Beliau adalah penggusti yang menikmati zaman kegemilangan dengan abangnya, Bret Hart.

Owen Hart lahir pada 7 May 1965, berbangsa kacukan Amerika-Kanada.

Karier

Beliau terlibat dalam sukan gusti sejak muda. Pernah memenangani New Japan Pro Wrestling (NJPW), World Championship Wrestling (WCW), dan World Wrestling Federation (WWF).

Selain menggunakan nama Owen Hart beliau dikenali dengan The Blue Blazer.

Owen Hart juga bekas juara USWA Unified World Heavyweight Champion, 2 kali juara WWF Intercontinental, 1 kejuaraan WWF European Champion, 4 WWF World Tag Team Champion, dan WWF King of the Ring.

Kisah kematian Owen Hart sangat tragik apabila beliau cuba melakukan aksi lagak ngeri dan terjatuh dari paras 50 kaki. Kepalanya terhempas setelah tali keselamatan tidak berfungsi ketika mahu menurunkan beliau.

Tragedi 23 Mei 1999

Kejadian berlaku di Kemper Arena terletak di Kansas City, Missouri tanggal 23 Mei 1999. Lebih 16,000 orang berada di dalam dewan ketika itu. Namun penonton yang menonton siaran dari rumah tidak dapat menyaksikan kejadian itu.

Owen Hart sudah banyak kali melakukan aksi lagak ngeri seperti itu di arena gusti. Namun ternyata hari itu bukan hari beliau.

Pada awalnya, ramai menganggap ia hanya satu gimik apabila petugas keselamatan bergegas ke arah Owen Hart yang terjatuh ketika persembahan masuk ke gelanggang.

Beliau dikerumuni oleh ramai petugas dan pasukan medikal ketika itu. Ianya membuatkan ramai penonton di dalam dewan tidak dapat melihat keadaan Hart.

Menurut laporan ESPN, tengkuk Hart patah. Ada yang cuba memberikan CPR kepada Hart. Pengulas ketika itu memberitahu bahawa insiden itu bukan satu lakonan lagak ngeri sebaliknya ia adalah satu kemalangan.

Hart dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal di sana. Pihak WWF menyiasat kes itu. Kenapa kesilapan sedemikian harus berlaku. Cangkuk tali keselamatan tidak berfungsi baik.

Presiden WWF, Vince McMahon Jr. mengucapkan takziah dan simpati di atas kemalangan itu.

“Kami tiada jawapan tentang bagaimana semua itu boleh berlaku. Ia berlaku terlalu pantas. Saya ingatkan dia hanya bergurau dengan kami. Tetapi itu ternyata bukan satu jenaka. Hart seorang yang suka melakukan aksi lagak ngeri akrobatik yang selalu membuatkan kami cemas.”

Audien yang menyaksikan keadaan itu melihat kejadian berlaku dengan pantas. Seorang penonton di dalam auditorium melihat leher Owen Hart terhempas pada tali ring.

Ayah Owen Hart, Stu Hart sangat kecewa dengan WWF kerana aspek keselamatan yang sangat longgar.

“Saya tidak percaya, bagaimana seorang penggusti melakukan aksi lagak ngeri daripada ketinggian 60-70 kaki tanpa aspek keselamatan yang ketat.”

“Pasti kerana ada yang cuai di dalam kerja mereka. Jika tidak, Owen masih bersama-sama dengan kita di sini.”

Selepas peristiwa ini, WWF membuat pengumuman tentang gusti WWF adalah lebih kepada hiburan berbanding dengan sukan. Ini setelah ramai penonton pay per views mempertikaikan, kenapa mereka tidak mendapat siaran langsung seperti yang dijanjikan?

Rupa-rupanya, siaran langsung mereka di tv telah dilengahkan lebih setengah jam pada ketika itu. Ramai juga yang ingat WWF adalah 100% sukan.

WWF mengadakan acara khas, penghormatan selama 2 jam untuk Owen Hart. Mendiang Owen Hart antara hero bagi peminat gusti terutamanya kanak-kanak satu ketika dahulu.

Don’t try this at home!

Nota Editor: Artikel asal adalah milik Sukan.my – disalin atas kebenaran.

Baca yang lain