Tragedi George Floyd: Situasi Di AS Dan Bagaimana Ianya Bermula

AS telah mengeluarkan perintah berkurung bagi mengekang rusuhan yang berpunca dari kematian seorang rakyat kulit hitam ketika ditahan pihak polis.

Tetapi pihak berkuasa berhadapan dengan tentangan di banyak daerah dengan premis perniagaan diceroboh, kereta dibakar dan bangunan diserang.

Polis rusuhan telah menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah bagi mengawal dan mengekang penunjuk perasaan.

Presiden Donald Trumph medesar agar kematian George Floyd ‘diubati’ tetapi tidak boleh membiarkan ‘sekumpulan’ menguasai keadaan.

Seorang polis kulit putih yang kini sudah dipecat dituduh membunuh Floyd yang berusia 46 tahun di Minneapolis.

Derek Chuvin, 44 akan hadir di mahkamah pada hari ini (Isnin) bagi menghadapi pertuduhan yang dihadapinya.

Dalam rakaman video yang menyaksikan Floyd terbunuh, Chauvin dilihat berlutut di leher Floyd selama beberapa minit. Floyd berulang kali menyebut bahawa dia tidak dapat bernafas.

Terdapat 3 lagi pengawai polis yang berada di tempat kejadian juga dipecat.

Kes Floyd telah membangkitkan kemarahan rakyat keatas Polis tentang layanannya kepada rakyat kulit hitam Amerika.

Peristiwa kematian Floyd menjadi sebaris dengan kes-kes berprofil tinggi seperti Michael Brown di Ferguson, Eric Garner di New York dan lain-lain yang mendorong pergerakan Black Lives Matter.

Bagi sebahagian rakyat AS, peristiwa ini juga menjadi cerminan kepada kekecewaan bertahun-tahun atas ketidaksamaan dan jurang sosioekonomi. Minneapolis juga tidak terlepas dengan situasi itu.

Tunjuk perasaan telah berlaku sekurang-kurangnya di 30 bandar seluruh AS. Pada permulaannya tunjuk perasaan berlaku secara aman pada Sabtu lepas, namun bertukar menjadi ganas sehari selepas itu.

Salah satu bandar yang paling terjejas teruk akibat rusuhan itu adalah Los Angeles. Gabenor California telah mengistiharkan darurat di bandarnya dan mengaktifkan pasukan tentera simpanan (National Guard).

Mereka diarahkan untuk campur tangan dalam menangani situasi darurat dalam negeri. Seluruh bandar berada dibawah kawalan darurat bermula dari jam 8 malam hingga 5.30 pagi.

Banyak premis perniagaan telah dipecah masuk termasuk kedai runcit terkenal, sementara itu terdapat rakaman premis terbakar.

Polis telah melepaskan peluru getah dan memukul penunjuk perasaan dengan belantan, ratusan tangkapan telah dilakukan.

Di New York, sebanyak 20 kenderaan polis telah dibakar dan puluhan tangkapan sudah dilakukan. Video juga menunjukkan sebuah kereta polis telah memasuki kawasan sekumpulan penunjuk perasaan.

Datuk bandar Bill de Blasio berkata situasi itu tidak dicetuskan oleh petugas keselamatan, tetapi perwakilan Kongres, Alexandria Ocasio-Cortez mengatakan komentarnya tidak dapat diterima dan dia seharusnya tidak memberi alasan melindungi para petugas keselamatan.

Sementara itu Datuk Bandar Chicago, Lori Lightfoot mengistiharkan darurat bermula pada jam 9 malam hingga 6 pagi. Dia juga mengeluarkan kenyataan keganasan melalui tunjuk perasaan itu agak menjengkelkan.

“Saya telah melihat penunjuk perasaan melontar objek di premis polis kami… botol air yang mengandungi air kencing dan ya tuhan tahu apa lagi,” katanya

Walaupun di kebanyakan tempat, bandar telah ditutup dan dibawah perhatian pihak berkuasa namun ia dilihat terdapat tanda penolakan.

Di Atalanta, penunjuk perasaan tetap berada di jalanan selepas waktu yang dibenarkan, merosakan harta benda dan puluhan tangkapan terpaksa dilakukan.

Minneapolis dimana tempat Floyd terbunuh, pihak polis bertindak pantas dengan menguatkuasa perintah berkurung.

Kira-kira 700 pegawai dari National Guard berjaya mengurangkan tunjuk perasaan yang menggunakan kekerasan.

The Star Tribute melaporkan tiada tangkapan pada malam pertama selepas perintah berkurung itu dilakukan.

Pada hari ke-2 sebilangan penunjuk perasaan mengejek pegawai National Guard di luar White House di Washington DC.

Indianapolis menyaksikan tunjuk perasaan berlaku dalam keadaan aman pada sebelah siang namun kemudiannya bertukar menjadi ganas.

Sekurang-kurangnya satu kematian telah berlaku akibat dari tembakan, walaubagaimana pun pihak polis mengatakan tidak ada anggotanya menggunakan senjata api.

Philadelphia juga berada dibawah perintah berkurung, 13 anggota polis cedera dan sekurang-kurangnya 35 tangkapan telah dibuat ketika premis perniagaan diceroboh, kereta polis dibakar dan bangunan dirosakan.

Perintah berkurung juga dilakukan di Miami, Portland dan Lousville. San Francisco menjadi bandar terbaru melaksanakan perintah itu iaitu pada jam 8 malam hari Ahad.

Namun ditengah-tengah rusuhan itu terdapat momen solidariti.

Di Flint, Michigan, Syerif Chris Swanson dan pegawainya membuka topi keselamatan, meletakkan kayu belantan dan bertanya kepada penunjuk perasaan apa yang mereka mahu.

Selepas itu mereka saling berpelukan dan melakukan melaungkan walk with us. Swanson berjaya mengawal keadaan.

Pada petang Sabtu, Trumph mengatakan kematian Floyd telah membuatkan rakyat AS berada dalam keadaan takut, marah dan sedih.

“Saya berdiri di hadapan anda sebagai sahabat dan sekutu bagi rakyat Amerika yang mencari kedamaian.” Katanya dalam sebuah pidato yang disiarkan di Cape Canaveral, Florida selepas melepaskan 2 angkasawan ke orbit oleh Syarikat SpaceX yang dimiliki jutawan Elon Musk.

Trumph mengecam tindakan perusuh yang menceroboh premis perniagaan dan anarkis, menuduh mereka tidak menghormati memori Floyd.

Menurut Presiden Amerika ini lagi, apa yang diperlukan adalah menyembuhkan bukan mencetuskan kebencian. Keadilan bukan kekacauan.

“Saya tidak akan membiarkan sekumpulan yang marah menguasai situasi – ia tidak akan berlaku,”

Trumph menyalahkan datuk bandar Minneapolis -ahli politik Demokrat- kerana gagal mengawal penunjuk perasaan.

Tunjuk perasaan kali ini adalah yang paling buruk berlaku di bawah kepimpinan Trumph.

Pesaing jawatan Presiden dari Parti Demokrat, Joe Biden mengecam rusuhan dengan mengatakan protes kekejaman ke atas Floyd adalah perlu tetapi membakar dan merosakkan harta benda awam adalah tidak perlu.

Ramai datuk bandar dan pengawai keselamatan tempatan telah berusaha untuk memisahkan makna protes sebenar kerana kematian Floyd dengan pergolakan yang ganas.

Terdapat banyak laporan dari penduduk yang cuba menghentikan tindakan ganas dari perusuh.

Pada malam Isnin lepas, pihak polis menerima pangilan telefon dari kedai runcit di sebuah taman perumahan. Mereka membuat aduan Floyd telah membayar dengan wang $20 palsu.

Pegawai polis cuba membawa Floyd masuk kedalam kenderaan tetapi Floyd jatuh ke tanah dengan mengatakan dia tidak dapat bernafas.

Menurut pihak polis, Floyd melawan secara fizikal terhadap pihak polis. Video yang dirakam tidak menunjukan bagaimana konfrontasi itu bermula.

Dengan lutut Chauvin di leher Floyd, kata-kata Floyd dapat didengari “tolong, saya tidak dapat bernafas dan “jangan bunuh saya.”

Menurut autopsy awal pihak pemeriksaan perubatan daerah, Chauvin melutut di leher Floyd selama 8 minit 46 saat – hampir 3 minit selepas Floyd sudah tidak bergerak.

2 minit sebelum Chauvin melepaskan lututnya di leher Floyd, pegawai lain memeriksa pergelangan tangan kanan Floyd dan nadi Floyd telah berhenti.

Floyd dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia 1 jam kemudiannya.

Autopsi awal, termasuk dalam dakwaan jenayah terhadap Chauvin tidak menemui bukti traumatic asphyxia atau strangulation.

Atau dalam kefahaman mudah mereka tidak menemui bukti Floyd mati kerana lemas atau tercekik.

Pemeriksaan perubatan menyatakan Floyd mempunyai masalah di bawah jantungnya, berkemungkinan kerana mabuk.

Situasi Chauvin telah menyumbang kepada kepada kematiannya.

Chauvin telah didakwa pada Jumaat lepas dengan tuduhan pembunuhan tahap 2 kerana peranannya yang menyumbang kepada kematian Floyd.