Tragedi Halloween Di Itaewon Ragut 149 Nyawa Kerana Sesak Dan Kena Pijak

Pesta Halloween di Itaewon, Korea Selatan telah berakhir tragedi. Di mana seramai 149 orang telah dilaporkan maut akibat kesesakan.

Beratus-ratus ambulans telah dikerahkan ke tempat kejadian yang berlaku kira kira pukul 10 malam waktu tempatan di Korea Selatan.

Tragedi itu berlaku di kawasan jalanan yang sempit tempat orang ramai berkumpul dan berparti untuk Halloween.

Pada awalnya, dinyatakan bahawa jumlah kematian adalah 59 orang dan 150 cedera. Dalam masa sejam kemudian angka kematian melonjak kepada 120 orang terbunuh dan 100 cedera.

Kemudian dilaporkan angka korban Halloween itu adalah 149 orang dan 76 lagi cedera.

 

Pegawai Bomba Choi Seong-beom berkata, “Ramai yang kehilangan nyawa akibat dipijak dalam kesesakan semasa Halloween.”

Polis terpaksa meminta bantuan orang awam di sekitar untuk melakukan CPR kepada mangsa yang mengalami kesukaran bernafas.

Pihak berkuasa tempatan sedang mengambil data dan mengambil langkah kecemasan untuk mengendalikan mangsa. Ia juga mengeluarkan mesej teks kecemasan menggesa orang ramai di kawasan itu untuk segera pulang ke rumah.

Itaewon ialah kawasan bar yang sibuk di Yongsan dan popular dengan anak muda Seoul. Pada perayaan Halloween, kawasan itu menjadi destinasi ramai orang. Dianggap pusat tumpuan untuk mengadakan parti Halloween terutama sekali dari kalangan anak anak muda.

Halloween disambut di beberapa negara setiap 31 Oktober. Bermula dari tradisi menghalau hantu dan bertukar ke pesta perayaan. Biasanya orang ramai berkumpul di kawasan tertentu, kadangkala memakai kostum atau solekan yang menakutkan, dan bermain ‘trick or treat’.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.