Tragedi Kanjuruhan: 127 Penyokong Maut Di Indonesia Kerana Rusuhan Penyokong

Bola sepak dunia berduka pada hari ini apabila kira kira 127 orang penyokong dilaporkan maut dalam tragedi rusuhan di dalam stadium di Indonesia.

Tragedi di Kanjuruhan adalah kerana pertembungan antara penyokong Arema dan polis yang cuba mengawal rusuhan penyokong yang masuk ke padang.

Penyokong Arema merusuh selepas pasukan mereka tewas di tangan Persebaya.

Pertempuran itu mendorong polis melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong.

Gas pemedih mata turut dilepaskan. Dan CNN Indonesia melaporkan bahawa gas pemedih mata itu turut menyebabkan ramai penonton sesak nafas dalam keadaan ramai yang dipijak-pijak ketika cuba menyelamatkan diri.

Selepas berjam-jam merusuh di dalam stadium dan bertembung dengan pasukan keselamatan, ramai yang terkorban. Ini merupakan tragedi paling buruk di Indonesia.

Terlalu banyak kes rusuhan penyokong berlaku di Indonesia sejak beberapa musim ini. Sebelum ini pun sudah ada kes penyokong maut neraka kekacauan di dalam stadium. Namun yang ini paling teruk.

Pihak pengurusan Arema akhirnya bersuara selepas subuh.

Sebelum ini, Persebaya mengucapkan takziah atas kehilangan nyawa di Kanjuruhan.

โ€œArema FC merakamkan ucapan takziah di atas musibah yang menimpa Kanjuruhan. Pengurusan Arema FC juga bertanggungjawab mengendalikan mangsa, baik yang meninggal dunia mahupun yang cedera,โ€ kata Pengerusi Panpel Arema FC, Abdul Haris dalam kenyataan kepada CNN Indonesia.

Sebagai tanggungjawab terhadap tragedi yang menimpa ini, Arema menubuhkan pusat krisis atau pos maklumat mangsa untuk menerima laporan dan merawat mangsa yang dimasukkan ke hospital.

โ€œPihak pengurusan juga akan mewujudkan pusat krisis atau pos maklumat yang mengumpul dan menerima laporan untuk mengendalikan mangsa yang dimasukkan ke hospital,โ€ kata Haris.

Arema merakamkan permohonan maaf yang tidak terhingga kepada keluarga mangsa yang maut.

โ€œKepada keluarga mangsa, pihak pengurusan Arema FC memohon maaf yang tidak terhingga dan sedia memberikan pampasan. Pihak pengurusan sedia menerima cadangan dan input dalam pengendalian selepas bencana itu agar ramai yang terselamat,โ€ kata Haris.

Ini pastinya akan menjadi tamparan hebat kepada bola sepak Indonesia yang pernah diharamkan FIFA sebelum ini. Tragedi ini mungkin meletakkan liga mereka dalam risiko.

Merujuk kepada kes rusuhan penyokong di Port Said dahulu, kerajaan negara tersebut mengharamkan kehadiran penyokong ke stadium bola sepak untuk bertahun tahun lamanya.