Tragedi Korat: 20 Disahkan Terbunuh, 31 Cedera Dan Beberapa Darinya Cedera Parah

Polis dan tentera telah menyelamatkan beratus-ratus orang dari sebuah pusat beli-belah pada lewat malam tadi.

Seorang lelaki telah menembak secara rambang dan membunuh sekurang-kurangnya 20 pengunjung di dalam pusat beli-belah tersebut.

Pembunuh tersebut merupakan seorang tentera telah menembak mati komander dan 2 rakannya di kem tentera Surathampithak. Dia membawa keluar senjata dan peluru.

Suspek melepaskan tembakan sepanjang laluannya ke pusat membeli-belah tersebut. Pusat membeli-belah itu dipenuhi pengunjung yang menyambut cuti hujung minggu yang panjang.

Aksi suspek dirakam secara langsung melalui halaman facebooknya sebelum ianya ditutup untuk mengelakkan ianya tersebar.

“Seorang lelaki bersenjata machine gun telah menembak mangsa-mangsa yang tidak bersalah, menyebabkan ramai yang terkorban dan cedera” kata jurucakap polis Krissana Pattanacharoen

Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan, Kongcheep Tanyrawanit sehingga semalam 20 mangsa telah disahkan maut. 31 mangsa lagi dilaporkan cedera, beberapa darinya mengalami kecederaan yang serius.

Para penyelamat menyerbu ke tempat kejadian dan mengarahkan suspek supaya menyerah diri. Bagaimanapun ia mengundang kemarahan suspek dan terus melepaskan lebih banyak tembakan.

Media tempatan menunjukkan video sekumpulan tentera keluar dari sebuah kenderaan di hadapan pusat membeli belah sekitar jam 6 petang waktu tempatan.

Penyerang tersebut seterusnya menembak gas memasak dan melakukan letupan letupan. Para pengunjung bersembunyi disebalik kenderaan bagi mengelak terkena tembakan.

Sepasukan dari unit khas tentera dihantar ke tempat kejadian, dimana ia dikatakan penyerang sedang menawan 16 orang awan di tingkat 4 sebagai tebusan.

Pasukan komando dari Bangkok tiba dengan helikopter. Polis juga membawa ibu kepada penyerang dalam usaha memujuknya supaya menyerah diri.

Panglima tentera Thailand, Gen Apirat Kongsompong juga berada di tempat kejadian.

Sekitar jam 8.30 malam unit khas tentera memutuskan mahu menyerang penembak, tetapi perlu mengeluarkan ratusan pengunjung dan pekerja pusat membeli-belah yang terperangkap.

Jam 11.30 malam pihak polis melaporkan mereka telah menguasai tingkat G, 1, 2 dan 3 bangunan.

Pihak tentera meminta para media di luar bangunan supaya berhenti membuat liputan secara langsung bagi mengelak risiko penyerang mendapat maklumat tentang aktiviti pihak penyelamat.

Suruhanjaya Penyiaran dan Telekomunikasi Negara juga memberi amaran bahawa rakaman video melalui telefon pintar yang disiarkan oleh pengunjung di dalam pusat membeli-belah juga boleh memberi ancaman yang berpotensi untuk menyukarkan operasi penyelamat.

Pada mulanya penyerang membuat rakaman secara langsung melalui facebook sambil menunjukkan senjatanya. Facebook kemudiannya mengesahkan telah mengeluarkan akaun tersebut.

Antara mesej lain yang sempat dimuatnaik sebelum dikeluarkan oleh facebook berbunyi “adakah saya perlu menyerah diri?” dan “ohh shit, tangan saya sudah kejang”.

Sebelum itu terdapat beberapa muatnaik yang berbunyi “tiada siapa dapat mengelak dari kematian” dan “menjadi kaya dengan mempergunakan orang lain, adakah mereka fikir boleh menggunakan wang di neraka.”

Komander Wilayah, Leftenan General Kriatisarn mengenal pasti suspek adalah Sarjan Major Jakrapanth Thomma yang berusia 32 tahun dari kem Surathampithak.

 

Komander yang terbunuh di kem tersebut adalah Kolonel Anantharot Krasae, 48. Mangsa mempunyai konflik dengan suspek. Seorang wanita berusia 68 tahun juga dibunuh di kem tersebut bersama seorang lagi askar.

Baca yang lain