Trailer FF9 Menampilkan Kemunculan Han Serta Cena Jadi Penjahat

Trailer Fast and Furious 9 baru sahaja dikeluarkan, hanya beberapa hari selepas teaser dikeluarkan sebelum ini.

Paling mengejutkan adalah kemunculan semula watak Han dalam Trailer Fast and Furious 9.

Sebelum ini satu trailer pendek / teaser memaparkan Dominic Toretto (Vin Diesel) yang mengasingkan dirinya dan hidup berkeluarga dengan anak dan istrinya Letty Oritz (Michelle Rodriguez).

Dom dilihat sebagai seorang yang dah cuci tangan dan menjadi family man bersama dengan Letty.

Kehadiran John Cena di film ini juga sudah sah dan nyata. Beliau menjadi antagonis / watak jahat. Cena menjadi adik kepada Dominic Torretto.

Dia berkomplot dengan Charlize Theron memburu Dom Toretto yang berdendam.

Trailer turut memaparkan John Cena dan Vin Diesel bergaduh sehingga tembak menembak.

Semua kumpulan Dom Toretto pun berkumpul untuk memberikan bantuan, dan di akhir trailer ada kemunculan Han (Sung Kang) yang sebelum ini dianggap sudah meninggal.

Fast and Furious 9 masih menampilkan aksi lagak ngeri dan kereta yang power sebagai daya penarik utama.

Film ini arahan oleh Justin Lin, yang sebelumnya mengaeah siri Fast and Furious ketiga, keempat, kelima, dan keenam.

Selain Vin Diesel, Fast and Furious 9 juga menampilkan kembali Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Jordana Brewster, Ludacris, Nathalie Emmanuel, Helen Mirren dan Charlize Theron. Rapper Cardi B baru-baru ini diumumkan menjadi antara pelakon.

Fast and Furious 9 akan ditayangkan di pawagam pada 22 Mei 2020.

Saksikan trailer rasmi di sini:

Baca yang lain