Ramai pemain bola sepak profesional bergelut dengan fizikal mereka ketika lockdown. Ini kerana badan mereka terpaksa berehat daripada aktiviti fizikal yang intensif.
Selain itu mereka juga tidak ada latihan intensif daripada kelab. Namun tidak untuk bintang Bayern Munich, Leon Goretzka.
Pemain berusia 25 tahun itu membuatkan ramai terkejut dengan perubahan fizikalnya. Yang tiba tiba menjadi sasa dan sado.
Bayern turut memuat naik tweet yang menunjukkan corak latihan Goretzka yang memang gila.
So, what did you get up to in lockdown?@leongoretzka_: pic.twitter.com/vZ31lkJ7K3
— CHAMPIONS OF EUROPE 🏆 (@FCBayernEN) May 27, 2020
Transformasi badan beliau membuatkan ramai kagum. Di sebalik kekurangan latihan intensif dan baru sahaja kembali ke latihan berpasukan di kompleks Bayern, bermakna Goretzka telah membuat ototnya dengan bersungguh sungguh di sebalik semua kekangan itu.
Menyedari dirinya bermain di posisi yang memerlukannya bergasak dengan ramain pemain di DM, maka Goretzka mengambil inisiatif untuk meningkatkan kekuatan ototnya.
Hard work pays off. @leongoretzka_ 💪#HULKretzka pic.twitter.com/FesrMVnNIr
— 🇺🇸 FC Bayern US 🇨🇦 (@FCBayernUS) May 27, 2020
Usaha kerasnya telah membuahkan hasil. Dan beliau kini memiliki fizikal yang sangat mantap. Beliau mendapatkan bantuan daripada jurulatihnya daripada jarak jauh ketika beliau berada di rumah semasa lockdown.
Beliau kemudian berusaha sendiri di gym rumahnya untuk memastikan badannya menjadi sasa.
Selepas itu, kerajaan Jerman membenarkan pemain berlatih di kompleks sukan kelab mereka. Itu digunakan sebaiknya oleh Goretzka untuk mendapatkan latihan dalam suasana lebih kondusif.
This @leongoretzka_ transformation… 🤯#HULKretzka pic.twitter.com/cerqJceo4W
— 🇺🇸 FC Bayern US 🇨🇦 (@FCBayernUS) May 27, 2020
Goretzka menjadi pemain utama dalam der Klassiker baru baru ini dan membantu pasukannya menang ke atas musuh tradisi Borussia Dortmund.
Apa yang kita dapat pelajari di sini, walaupun mereka bercuti dan berehat sekalipun, mereka tetap melakukan latihan tambahan sendiri di rumah.
Itu adalah sikap sebenar seorang profesional. Menjaga pemakanan mereka dan sentiasa berhubung dengan pakar nutrisi bagi mengelakkan mereka mengambil makanan yang salah.