Traore: Syabas Liverpool, Kami Sentiasa Tahu Kamu Pasukan Terbaik Di Eropah

Pemain sayap Wolves mengucapkan tahniah kepada Liverpool selepas mereka bangkit semula 16 mata di puncak Liga Perdana menerusi kemenangan ke atas pasukannya, melalui jaringan minit akhir oleh Roberto Firmino.

Adama Traore juga mengucapkan tahniah kepada Liverpool atas kejayaan pasukan mereka yang kini menghampiri kejuaraan Liga Perdana.

Beliau berkata begitu selepas Jurgen Klopp menyifatkan bahawa “Adama adalah seorang pemain yang unplayable”.

Wolves turun menentang Liverpool sebagai salah satu pasukan yang sukar untuk dihadapi. Mereka bermain dengan cukup bagus dengan mempunyai kelajuan dan kawalan bola yang baik.

Pemain pasukan Liverpool nyata menghadapi detik yang sukar untuk mengendalikan rentak kelajuan dan kawalan bola Traore.

Selain dari itu Traore juga mempunya tubuh fizikal yang besar dan kuat sukar untuk pemain Liverpool mengekang asakan dari beliau ketika beliau terus mengasak pasukan Reds pada babak kedua perlawanan di Molineux itu.

Wolves hampir menjadi pasukan kedua musim ini untuk menyekat kemenangan Klopp dalam liga, selepas Manchester United berjaya mengikat Liverpool ketika pertemuan mereka di Old Trafford.

Liverpool terlebih dahulu di hadapan melalui jaringan tandukan menggunakan bahu oleh Henderson.

Traore kemudian nya berjaya mengumpan bola yang cantik hasil larian yang laju dan di sudahi oleh Raul Jimenez dengan tandukan yang padu menerjah gawang Alisson untuk gol penyamaan.

Ketika Wolves yakin berjaya mengikat Liverpool Roberto Firmino menunjukkan kecemerlangannya menjaringkan gol diminit akhir perlawanan untuk meletakkan Liverpool kembali di depan seterusnya menang dengan jaringan 2 gol berbalas 1.

Kemenangan Liverpool itu kembali meletakkan Liverpool selesa memimpin liga dengan 16 mata mendahului Manchester City dan Liverpool masih ada satu perlawanan di tangan.

Liverpool hanya perlu menang lagi 9 perlawanan selepas ini untuk mengesahkan mereka sebagai Juara Liga.

Namun sekitanya City keciciran mata lagi dan Liverpool masih mengekalkan rekod kemenangan berterusan mereka mungkin akan bergelar juara lebih awal.

Kemenangan Liverpool juga agak merencatkan harapan Wolves untuk merebut tempat bagi melayakkan pasukan mereka bermain dalam Champions League. Mereka kini 6 mata di belakang Chelsea yang menduduki tempat ke-4 liga.

Adama Traore kemudiannya memuji Liverpool sebagai “yang terbaik di Eropah”.
“Kami tidak lupa bahawa mereka adalah pasukan yang hebat,  Mereka juga adalah sebuah pasukan yang sangat mengagumkan dan mereka juga adalah sebuah pasukan yang terbaik dieropah.” Kata Traore kepada BT sport.

“Tahniah kepada mereka,  tidak pasti bagaimana kami harus beraksi didalam liga tetapi kami akan berusaha dan terus berusaha hingga ke akhir liga.” Kata Traore tentang pasukannya.

Klopp memuji pemain sayap Wolves Adama Traore dengan menggambarkan bahawa pemain itu sangat luar biasa. Klopp memberitahu BBC Sport bahawa Traore adalah pemain yang bermain dengan sangat bagus ketika ini dan ia nya sangat luar biasa melihat corak permainan beliau sekarang.

Sementara itu, Traore berkata, Wolves tidak akan berputus asa dalam usaha mereka untuk meraih tempat empat teratas selepas kehilangan peluang untuk merapatkan kedudukan dengan Chelsea.

Pemain berusia 23 tahun itu berkata: “Pasukan kami telah melakukan yang terbaik untuk hari ini. Kami bekerja keras sepanjang perlawanan. Namun kami gagal mendapat sebarang mata,kami akan berusaha lebih keras lagi dan cuba untuk mendapatkan keputusan yang positive pada akhirnya.”

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan