Trent Alexander Arnold Bakal Terlepas Euro, Southgate Pilih Trippier

Trent Alexander Arnold terus menunjukkan prestasi cemerlang dalam beberapa perlawanan terakhir sebelum pemilihan skuad Euro.

Dalam 7 perlawanan terakhir, Trent Alexander Arnold berjaya menjaringkan 1 gol dan mencipta 5 assist. Ianya satu rekod luar biasa daripada offensive fullback Liverpool tersebut.

Sebelum ini bintang Liverpool itu disisihkan oleh Gareth Southgate daripada skuad kebangsaan. Ia mengundang pelbagai reaksi.

The Athletic melaporkan bahawa Trent masih bukan dalam senarai pilihan utama Gareth Southgate. Kerana pengurus antarabangsa England itu mahu membawa Kieran Tripper untuk posisi bek kanan bersama dengan Kyle Walker dan Reece James.

Trippier yang sebelum ini digantung daripada bola sepak kerana terlibat dalam skandal judi bola sepak, bakal kembali semula ke dalam skuad kebangsaan England.

Koresponden David Ornstein berkata: “Tiada ada tanda tanda yang menunjukkan Trent Alexander Arnold akan memintas Kyle Walker, Kieran Trippier dan Reece James dalam fikiran Southgate.”

Ian Wright dan Jamie Carragher antara yang menganggap Trent selayaknya berada dalam trip ke Euro.

Euro kali ini akan membenarkan pendaftaran 26 orang pemain berbanding dengan 25 sebelum ini.

Semalam Trent mencatatkan satu lagi assist untuk menjadikan beliau sekali lagi sebagai pemain pertahanan dengan assist terbanyak setakat ini.

Ramai yang kerap menyatakan bahawa Trent pemain yang teruk ketika bertahan dan tidak boleh membentes. Sebenarnya