Trent Alexander Arnold Disisihkan Untuk Beberapa Minggu Kerana Kecederaan Lutut

Trent Alexander Arnold dilaporkan telah mengalami kecederaan di lutut dan bakal disisihkan untuk beberapa minggu.

Berita ini disahkan sendiri oleh penolong jurulatih, Pep Ljinders.

Trent Alexander Arnold merupakan pemain penting Liverpool di bawah Jurgen Klopp. Kehilangan Arnold pastinya tidak mahu didengar oleh peminat Liverpool.

Ini kerana mereka kehilangan Mohamed Salah untuk kira kira sebulan kerana aksi Piala Afrika.

Trent Alexander Arnold sebelum ini menjadi nadi penting Liverpool ketika The Reds menewaskan Arsenal 2-0 dalam aksi pusingan ketiga Piala FA.

Dia merupakan timbalan kapten untuk Liverpool. Dan menjadi pemain sistem untuk pasukan. Dia beraksi sebagai false fullback yang aktif melakukan playmaking di tengah.

Kehilangan Trent juga membuatkan Liverpool sudah kehilangan 2 pemain bek sisi utama mereka iaitu Trent dan Robertson. Lebih teruk, mereka kehilangan Kostas Tsimikas.

Membuatkan Joe Gomez yang biasanya menjadi pemain sandaran untuk posisi bek kanan bermain di kiri.

Mungkin Joe Gomez akan kembali ke bek kanan selepas ini? atau dia kekal sahaja di kiri dan pemain muda Conor Bradley bermain di kanan.

Pemain itu cemerlang ketika menentang Arsenal sebelum ini.