Trent Alexander Arnold Jadi Sasaran Utama Real Madrid

Trent Alexander Arnold kini menjadi sasaran utama Real Madrid. Timbalan kapten di Anfield itu menunjukkan aksi cemerlangnya musim ini. Dia turut cemerlang dalam tugasan antarabangsa baru baru ini.

Beraksi sebagai bek kanan, Arnold sudah menyumbang kepada 100 penglibatan gol untuk Liverpool. Kreativiti dan kualiti hantarannya dianggap kelas elit.

Real Madrid sebelum ini  memang menyenaraikan pemain tersebut dalam sasarannya. Namun The Times melaporkan kali ini Real Madrid menjadikan Trent Alexander Arnold sebagai senarai sasaran utama.

Pemain  itu boleh berpindah secara percuma ke Real Madrid jika dia tidak melanjutkan kontraknya di Anfield sebelum tamat musim ini.

Baru baru ini Trent menyatakan dia mahu terlibat dalam projek yang memiliki peluang cerah untuk memenangi trofi. Dan dia tidak menolak untuk terus kekal di Liverpool.

Tetapi sehingga ke hari ini pemain itu masih belum melanjutkan kontraknya. Real Madrid mahu mencari pengganti kepada Dani Carvajal yang sudah semakin berusia. Pemain itu juga baru baru ini mengalami kecederaan serius yang boleh memberikan impak kepada prestasinya memandangkan usianya.

Hubungan rapat Trent Alexander Arnold dengan Jude Bellingham diharap dapat membantu untuk memujuk pemain itu melupakan kontrak di Anfield dan datang ke Bernabeu.

Pada usianya baru 26 tahun, pemain itu dianggap sangat sesuai dengan projek Real Madrid yang berasaskan pemain pemain muda.

Terdapat juga laporan menyatakan bahawa Real Madrid malah sedia membeli pemain itu pada Januari ini jika mereka berpuas hati dengan harga diletakkan Liverpool.