Legenda Manchester United David Beckham melihat dirinya pada Trent Alexander Arnold. Cara pemain itu benar benar mengingatkan Beckham kepada dirinya satu ketika dahulu terutama sekali cara dia mengendalikan bola.
Trent Alexander Arnold menjadi salah seorang crosser terbaik di Eropah pada eranya dan juga sudah boleh digelar sebagai pakar sepakan percuma.
Legenda Manchester United dan England, David Beckham telah dipuji sebagai pemain yang lengkap pada zamannya. Dia boleh menjaringkan gol, membuat assist, menghantar bola lintang, bola panjang dan tidak perlu untuk mengatakan apa-apa tentang keupayaan sepakan percumanya.
Beckham benar benar menjadi pemain bola sepak luar biasa dengan caranya tersendiri. Dan ketika bercakap dengan Rio Ferdinand, dia melihat pemain muda pada hari ini, dia merasakan bahawa Trent Alexander Arnold adalah refleksi dirinya.
Beckham melihat persamaan dalam ciri permainan apabila dia Trent menghantar hantaran silang, atau cara pemain itu menghantar bola kepada rakannya.
Jadi jika generasi hari ini mahu menggambarkan bagaimana permainan Beckham, mereka boleh menonton aksi Trent Alexander Arnold yang menurut Beckham sendiri sebagai cerminan permainannya.
“Jika ada seorang pemain yang saya lihat, dan saya rasa dia sangat serupa dengan diri saya, menerusi cara dia menghantar bola, dia sangat serupa dengan cara dia cross bola atau hantaran, pemain itu sudang tentulah Trent [Alexander-Arnold],” kata Beckham.
Game recognises game 🤝@ManUtd and England legend David Beckham can't get enough of @LFC star Trent Alexander-Arnold 💫 pic.twitter.com/NgxgtGidtA
— Premier League (@premierleague) October 17, 2024
Masa depan Trent Alexander Arnold di Liverpool masih tak menentu. Pemain itu kini menjadi sasaran utama Real Madrid. Dan dia boleh berunding dengan Real Madrid untuk perpindahan percuma selepas ini. Pada Januari dia memasuki fasa peraturan Bosman. Di mana pemain boleh bercakap dengan mana mana kelab dalam 6 bulan terakhir kontrak mereka.