Trent Alexander Arnold Si Pencipta Peluang

Siapa yang tak kenal dengan bakat muda elit milik pasukan Liverpool iaitu Trent Alexander-Arnold yang kini merupakan bek kanan utama The Reds.

Pemain ini datang dari akademi Liverpool dan kemudiannya dibangunkan menjadi bakat utama di dalam pasukan.

Pada usianya yang sangat muda Trent Alexander-Arnold menjadi sebahagian daripada pasukan England yang beraksi dalam Piala Dunia 2018 – Rusia.

Trent Alexander-Arnold ada satu rekod unik yang beliau catatkan pada ketika ini.

Rekod tersebut adalah menjadi pemain yang paling banyak melakukan hantaran ke kawasan serangan dalam pentas Liga Juara-Juara Eropah peringkat kumpulan tahun ini.

Berikut adalah senarai pemain pemain yang melakukan hantaran ke zon serangan / final third paling kerap.

1. Trent Alexander-Arnold – 73 hantaran

2. Toni Kroos – 70 hantaran

3. Thiago Alcantara – 69

4. Thomas Partey – 68

4. Rodri – 68

Paling menarik apabila Trent Alexander-Arnold merupakan pemain pertahanan. Beliau juga merupakan satu satunya pertahanan yang berada dalam senarai top 5 untuk statistik tersebut.

Ia bukan sesuatu yang mudah untuk pemain pertahanan dan bukan kerja semua orang boleh buat.

Beliau jiga masih lagi menjadi pemain penting Jurgen Klopp pada musim ini dan mengharungi kempen.

Cuba anda lihat dan hayati kekacakan dan keayuan assist Trent Alexander-Arnold dan binaan gol ini secara berpasukan. Memang sangat cantik dan menimbulkan nafsu untuk mengulang kembali video ini.

Musim lalu beliau menjadi pemain penting dalam kempen kejuaraan Eropah Liverpool. Terutama sekali sepakan penjuru ikonik ini ketika berhadapan dengan Barcelona di Anfield.

Takkan anda tak ingat?

Trent Alexander-Arnold juga dijulang sebagai pertahanan paling mahal oleh laman transfermrkt.

Ini mengambil kira kualiti, durasi kontrak dan juga umur beliau pada ketika ini.

Beliau berada di atas Virgil Van Dijk dan juga Andy Robertson.

Selain itu, Trent Alexander-Arnold kini menjadi pemain yang paling banyak melakukan assist di dalam liga sejak musim lalu.

Keupayaan beliau untuk melakukan hantaran yang tepat dan menukar arah bola dengan segera kerapkali menjadi senjata tambahan kepada Liverpool dalam serangan balas dan fast break attack.

Jadi tidak hairanlah Trent Alexander-Arnold meletakkan satu bar tersendiri kepada pertahanan sisi di Eropah.

Trent Alexander-Arnold memiliki kualiti hantaran tajam dan menikam kalbu terutama sekali untuk mencipta peluang.

Selain itu Trent Alexander-Arnold juga merupakan pemain yang merupakan pengambil sepakan untuk bola mati yang utama dalam skuad Liverpool ketika ini.

Kualiti tambahan seperti ini yang membolehkan beliau menjadi aset berharga di dalam pasukan.

Baca yang lain