Trent Pemain Muda Terbaik EPL 2019/20

Bek kiri Liverpool, Trent Alexander-Arnold dinobat sebagai Premier League Young Player untuk musim for 2019-20.

Trent Alexander Arnold menewaskan beberapa calon lain ternmasuk Jack Grealish, trio serangan Man United โ€“ Mason Greenwood, Anthony Martial, Marcus Rashford, Christian Pulisic, Mason Mount dan Dean Henderson.

Trio serangan United dianggap pesaing utama kepada Trent Alexander Arnold dengan peningkatan kualiti mereka terutama sekali selepas Mason Greenwood mendapat rentak di dalam pasukan utama.

Namun Trent berjaya memastikan kemenangan miliknya pada kali ini.

Trent Alexander-Arnold berjaya memenangi anugerah tersebut selepas musim ini membantu Liverpool memenangi EPL, dan juga Piala Super Eropah serta Piala Dunia Kelab.

Liverpool musim ini bolos paling sedikit dalam liga. Dan pemain berusia 21 tahun itu menjadi pemain utama dalam sistem back 4 Liverpool.

Alexander Arnold turut memecahkan rekod assist oleh pemain pertahanan yang juga dicipta dirinya sendiri sebelum ini.

Di mana pemain berusia 21 tahun itu telah mencipta 13 assist secara total, menjadikannya penyumbang assist kedua terbanyak dalam liga.

Musim ini juga musim paling prolifik buat Arnold dengan menjaringkan 4 gol termasuk beberapa siri gol sepakan percuma yang sukar untuk dilupakan dari ingatan kita semua.

Trent Alexander Arnold merupakan anak jati Liverpool yang turut menjadi kebangaan bangsa Scouser.

Di mana produk akademi Liverpool dari bandar Liverpool itu sudah bergelar juara England, juara Eropah dan juara Dunia di dalam kariernya setakat ini.

Beliau terus menjadi nadi penting Liverpool dalam sistem permainan yang direncana oleh Jurgen Klopp. Arnold turut dicalonkan dalam persaingan perebutan pemain terbaik Liga Perdana Inggeris musim ini.

Bukan itu sahaja, dalam pada anak anak muda lain memilih untuk berkarya di TikTok, Arnold antara anak muda harapan bangsa yang bermain untuk negaranya di lapangan bola sepak.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai