Trequartista: No.10 Yang Menentukan Sendiri Serangan Pasukannya Dan Sukar Untuk Dijelaskan

Ia bukan bola sepak (football), jauh sekali soccer , ia adalah calcio kata seorang peminat bola sepak Itali. Mereka membanggakan calcio sebagai bola sepak sebenar. Dimainkan dengan cara Itali.

Calcio, perkataan itu sendiri, adalah lebih daripada bahasa sehari-hari namun, ia adalah petunjuk pertama kemerdekaan bola sepak Itali yang melampaui banyak sempadan budaya dan juga tradisi.

Calcio, perkataan yang menjadi titik permulaan budaya untuk dirinya sendiri. Mereka sentiasa ada istilah sendiri. Contohnya, negara lain di dunia panggil ianya rabona, calcio panggil ianya incrociata (“tendangan bersilang”). Panenka? Dalam calcio mereka turut ada istilah  colpo a cucchiaio (“sepakan skop / sudu”).

Rovesciata (dari kata kerja rovesciare yang bermaksud terbalik): merujuk kepada libasan atau bicycle kick.

Banyak lagi istilah lain dalam bola sepak di Itali. Misalnya defensive midfielder, mereka gelar mediano. Bukti bahawa, di Itali pengertian tentang bola sepak itu sangat jauh.

Satu istilah yang sangat sinonim dengan Itali adalah Trequartista.

Magis Trequartista

“Keajaiban nombor 10 datang dari kaki trequartista, pemain perancang, orang yang mampu menjejaki semua orang dengan secebis kemahiran mungkin juga dia tidak sedar sepenuhnya,” kata Roberto Mancini ketika memuji peranan tersebut dalam tesis bola sepaknya.

Trequartista secara tersuratnya diterjemahkan kepada tiga suku, menandakan zon padang berada di bawah bidang kuasanya, dan seperti yang ditunjukkan oleh Mancini, yang menulis Tesis Sarjananya mengenai subjek itu, ‘pukauan’ oleh trequartista.

Mereka adalah pemain yang menduduki ruang antara barisan tengah dan penyerang. Trequartista ditugaskan untuk membuka sepertiga akhir padang dan menentukan permainan serangan mengikut naluri dan kecerdasannya.

Sama ada mereka akan memberikan peluang kepada penyerang melalui hantaran pada masa tepat dan mempertimbangkan kewajaran sesuatu tindakan atau menentukan sama ada dia mahu menjaringkan gol itu sendiri.

Mereka adalah pemain yang mempunyai visi pra-natural disebut juga premonition untuk menilai variasi peluang menjaringkan gol dalam satu masa.

Mancini: Kamu tak akan pernah faham dengan Trequartista

Mancini menyebut mereka merupakan baka yang sukar difahami dan tidak dapat diramalkan. Misalnya, pertahanan akan tahu, apabila target man mendapat bola dalam kotak penalti, mereka akan cuba merembat ke arah gol.

Jadi tiada penjelasan yang khusus tentang peranan mereka. Sama seperti peranan raumdeuter yang dipegang Thomas Muller di Jerman.

Soccer Football – Bundesliga – FC Augsburg v Bayern Munich – WWK Arena, Augsburg, Germany – November 19, 2021 Bayern Munich’s Thomas Muller looks dejected after the match REUTERS/Andreas Gebert DFL REGULATIONS PROHIBIT ANY USE OF PHOTOGRAPHS AS IMAGE SEQUENCES AND/OR QUASI-VIDEO.

Kalau pemain no.8 berada di luar kotak penalti mereka akan cuba mengumpan atau merembat dari luar.

Tetapi trequartista tidak begitu. Ketika di luar kotak penalti, mereka berpotensi mara lebih ke depan, malah mengatasi pemain target man.

Ketika di dalam kotak penalti mereka boleh memutarkan badan dan menghantar kepada pemain lain yang dihidu lebih berpeluang tinggi untuk menjaringkan gol.

Mereka bukan sahaja pemain yang mencipta atau menjaringkan gol. Tetapi sifat mereka tak ubah seperti burung merak yang membanggakan kencantikan bulunya. Trequartista ada sikap itu. Mereka mahu memikat dan mempesonakan penonton dengan kemahiran mereka ketika mencipta dan menjaringkan gol.

Ianya akan menjadi satu kepuasan bagi mereka apabila penyokong tergamam dan terpaku.

Mereka selalunya menjadi pemain yang sangat decisive dan tanpa ragu-ragu dalam mempercayai tindakan mereka. Jadi, trequartista harus dibiarkan bebas. Atau kamu letakkan sahaja dia di bangku simpanan jika pengurus tak mahu dia bermain mengikut kepalanya sendiri. Contoh terbaik ialah Francesco Totti.

Pemain yang menjadi rujukan ramai pemain untuk peranan trequartista. Mereka boleh menjadi false 9 apabila pemain penyerang tulen tidak tersedia untuk beraksi. Kerana mereka mampu mencetak gol setara dengan no.9.

Mereka sentiasa sanggup berkorban demi pasukan dan menjadi titik penghubung yang penting.

Semasa kemuncak Serie A pada 80-an dan 90-an, trequartista paling banyak digunkan. Trequartista seperti Platini dan Maradona menunjukkan kedudukan dengan baik sehingga mereka dapat mengawal keseluruhan padang.

Diego Maradona

Ada yang menggelar mereka sebagai penyerang kedua berbadan kecil yang biasanya dipadankan dengan target man di hadapan. Walaupun target man digelar top striker, namun secara tersirat, bintang utama dalam serangan adalah no.10 atau trequartista.

Baton itu kemudiannya diserahkan kepada Roberto Baggio, yang dianggap sebagai contoh terbaik terakhir dari trequartista Itali tradisional atau klasik. Pada awal 2000-an, tanggungjawab kedudukan mula berkembang apabila pertahanan mula bergerak ke hadapan, memaksa trequartista untuk turun lebih jauh ke belakang dan membantu pemulihan penguasaan sebelum mengetuai serangan.

Trequartista era ini lebih kompleks. Mereka ialah Zidane semasa di Juventus, Juan Sebastian Veron dan Totti pra-Spalletti. Kemudian Del Piero juga antara trequartista yang sangat hebat pada eranya.

Di antara mereka, nama Totti menjadi perhatian lebih tinggi kerana dengan kuasa trequartista yang ada pada Totti membolehkannya membantu Roma menjadi juara Serie A pada ketika itu.  Media mulai mengkaji dengan lebih kompleks peranan Totti di dalam skuad Roma.

Walau bagaimanapun, ia telah menjadi dekad tahun yang kukuh sejak bola sepak dunia menyaksikan trequartista yang cemerlang. Mungkin Milan Ancelotti pada 2006-07, dengan Kaka dan Seedorf beroperasi sebagai dual trequartista adalah kali terakhir kami melihat kreativiti seorang trequartista.

Sejak tiki-taka revolusioner Pep Guardiola dan falsafah “false #9”, trequartista tidak lagi dianggap fancy.

Serangan kini lebih bersifat kolaboratif dan inklusif, memberikan penekanan yang lebih pada bahagian tengah dan mengekalkan penguasaan. Maestro tengah Pep iaitu Xavi dan Iniesta diberi kebebasan untuk bergerak ke mana-mana di sekitar padang untuk membekalkan penyerang, dan dengan barisan hadapan Eto’o, Henry, dan Messi dengan hasilnya yang sangat kuat.

Era baru dalam taktikal bola sepak kemudian lebih menekankan pada melebarkan padang, telah menyebabkan trequartista ke fasa hibernasi.

Walaupun sangat sedikit pasukan hari ini termasuk trequartista sejati, kedudukan itu tidak sepenuhnya dilupakan dan mungkin berada di ambang kebangkitan semula. Sejak pemergian Xavi dan terutamanya sejak ketibaan Luis Suarez di Barcelona, ​​​​Messi selalunya akan turun lebih jauh ke belakang daripada mengetuai barisan hadapan dengan memainkan peranan yang serupa dengan trequartista.

Secara kebetulan, dia memegang peranan yang sama untuk Argentina.

Seterusnya ada ramai lagi contoh trequartista yang bermain dengan cara berbeza. Jika anda mencari trequartista klasik dengan cara yang lebih slow and steady tetapi efektif, Riquelme boleh menjadi rujukan.

Jika anda mencari yang lebih bertenaga dan lasak, mungkin Wayne Rooney harus dalam pertimbangan.

Di Liverpool, Roberto Firmino menjadi pemain yang memainkan peranan itu dengan cara mereka tersendiri, menjadi pencetus kepada tekanan balas / gegenpressing dan bertahan sehingga ke zon defensive midfielder. Kemudian dia akan membuka ruang kepada 2 pemain di sayap untuk menyerang masuk ke kotak penalti.

Baca yang lain