Tribute: Ikuti Perjalan Karier Seni Abam, Dari Albob Ke Era Kegemilangan Bocey

Bermula dari rancangan komedi astro program raja lawak 6 tahun 2012 bersama kumpulan Albob (Abam dan adiknya Syed Ali Mubarak(Ali) tersingkir minggu ke 7.

Harapan kumpulan Albob ialah menjuarai Rajalawak 6 dan dapat mengangkat Rajalawak 6 adalah Rajalawak terbaik dari musim lepas.

Terbentuknya Bocik dan kemudian Bocey

Pada 2013 tv3 menerbitkan rancangan baharu bagi stesen tersebut iaitu Bintang Mencari Bintang. Abam hadir audition bersama adiknya Ali. Akan tetapi Afdlin Shauki memecahkan mereka berdua.

Abam bersama Mohd Fadlie Mohd Nizam (Fad) membentuk kumpulan Bocik dan adiknya bersama Mohd Daniel Lee membentuk kumpulan Bowl.

Penghujung tahun 2013 kumpulan Bocik mendapat tempat terus ke Maharajalawak Mega bergandingan dengan Mohd Nasir Bin Hamzah atau ketika itu dikenali sebagai Achey Kingtangkintung.

Menggabungkan nama Bocik dan Achey maka terciptalah Bocey.

Pada penampilan pertama dipentas besar tersebut Bocey mendapat Man Of The Match pada minggu terakhir dan mendapat tempat ketiga secara keseluruhannya.

Karier berkembang

Pada 2014 Abam menyertai Super Spontan. Super spontan salah satu rancangan gameshow astro. Pemain perlu bermain permainan secara spontan. Abam tersingkir pada minggu ke 6 dan mendapat tempat ke 9 dari 14.

Pada tahun yang sama juga beliau menyertai Maharajalawak mega dan Berjaya hingga pentas tetapi Bocey sekadar mendapat tempat ke 5.

Beliau mendapat filem pertama pada tahun 2014. Filem bertajuk Suatu malam kubur berasap 2 sebagai mekanik gemuk. Filem komedi seram ini mendapat kutipan tiket sebanyak RM 915,918.06.

Abam kemudian berjaya berlakon dalam filem kedua sebagai pelakon utama pada tahun yang sama iaitu filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa, yang mendapat kutipan sebanyak RM 702,185.50.

Pada tahun 2015 beliau menyertai Super Spontan All Stars dan Juara Parodi 2015 bersama kumpulan Righthanded bersama Fad dan Muzammil bin Alias (WARIS).

Juara Parodi adalah program realiti komedi muzik menampilkan gabungan penyanyi popular dan pelawak dalam satu kumpulan dan memerlukan peserta menukar lirik lagu kepada komedi dan parodi mengikut genre yang ditetapkan.

Beberapa filem yang dibintangi beliau pada tahun ini antaranya Hantu Bungkus Ikat Tepi, Ada Apa Dekat Bas Stop dan Isteri Untuk Dijual.

Pada tahun ini beliau banyak dicalonkan pelbagai anugerah seperti Artis Lawak Lelaki Paling Popular, Artis Lawak Duo Berkumpulan Popular dari Anugerah Lawak Warna.

Menang ABPBH dengan Gemuk Is Awesome

Pada Anugerah Lawak Meletop Era beliau juga dicalonkan Kategori Artis Lawak Meletop. Dan akhir sekali pada Anugerah bintang Popular Berita Harian 2014 beliau menang Anugerah Pelakon Komedi Lelaki Popular.

Beliau mengambil trofi sambal melaungkan: GEMUK IS AWESOME!!!

Setahun kemudian, setelah setahun Maharajalawak Mega tidak bersiaran, Bocey kembali menyertai Maharajalawak Mega.

Menjadi juara MLM!

Ini merupakam kemuncak kepada karier mereka sebagai pelawak. Di mana Bocey telah berjaya menjadi juara Maharajalawak Mega 2016.

Filem yang beliau bintangi pada tahun 2016 adalah Kecoh! Primadona Kena Hantu sebagai pelakon tambahan. Beliau mendapat 3 pencalonan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 iaitu:

  • Artis Filem Popular
  • Artis Versatil Popular
  • Pelakon Komedi Popular

Abam menang kategori Pelakon Komedi Popular.

Cubaan menjadi juara hatrik MLM

Tahun 2017, Bocey kembali ke pentas Maharajalawak Mega walaupun sudah bergelar juara pada 2016. Dan pada tahun 2017 mereka mengekalkan takhta kejuaraan.

Pada tahun 2017 juga, Abam banyak membintangi drama antaranya Mak Cun Musim 3, Oh My Pondok, Saka Sisters Dan Tuyul Ke London.

Masuh ke tahun 2018, Bocey menjadi peserta pilihan untuk menjuarai Maharajalawak Mega dengan status mereka sebagai juara bertahan.

Walaubagaimanapun mereka menduduki tempat kedua. Pada tahun ini juga beliau menyertai Bintang Bersama Bintang Tv3 Dan Super Spontan Xtravaganza.

Abam tak pernah berehat

Pada tahun 2019 beliau menyertai Muzikal Lawak Superstar bersama kumpulan kombinasi baru iaitu bersama Achey dan Black Hanifah menubuhkan kumpulan Botak dan mendapat tempat keempat.

Rakannya menyifatkan Abam seorang yang tak pernah berehat. Seorang yang sangat rajin, selain daripada sangat suka dengan kariernya.

Penghujung tahun 2019 beliau menyertai Maharajawalawak Mega dan mendapat tempat ke tiga pada awal tahun 2020.

Jodoh syaitan penggambaraan sudah bermula 2018. Penulis masih tidak mendapat maklumat bilakah akan ditayang filem ini, mungkin tahun 2020?

Teater komedi seram bertajuk Korupsi Dewan Semandung arahan Khir Rahman pada 28,29 Februari dan 1 Mac 2020 di Istana Budaya. Menurut komen Instagram Kak Ogy (Fauziah Ahmad Daud) mereka masih dalam perbincangan pengganti abam.

Sebaris nama legenda

2 kali juara MLM dan 2 KALI menang pelakon Komedi Popular Berita Harian antara satu pencapaian yang tertinggi dalam bidang komedi tanah air.

Disamping kumpulan Bocey masih releven dan diterima ramai. Satu permata seni telah hilang dizaman kegemilangannya.

Nota penulis: Jika ada pembetulan atau penambahan idea boleh kemukakan.

Maaf jika ada kesilapan dalam penulisan ini kerana penulis tidak biasa menulis sekadar tribute kepada Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Ridzuan.

Penulis juga beberapa kali tertitis air mata tanpa sedar walaupun tidak mengenali beliau secara dekat.

Nota editor: Artikel ini adalah nukilan stand up comedian, tribute untuk Abam.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang