Tribute Menyentuh Hati Lionel Messi Ke Atas Rivalnya Iker Casillas

Lionel Messi telah memberi penghormatan kepada Iker Casillas setelah bekas kapten Sepanyol itu bersara dari bola sepak pada usia 39 tahun.

Legenda Real Madrid dan La Roja itu mengumumkan keputusannya untuk bersara pada hari Selasa.

Di mana sepanjang kariernya yang menyaksikan beliau menjulang sebanyak 24 trofi – termasuk lima gelaran La Liga, empat Liga Juara-Juara, dua Kejuaraan Eropah dan satu Piala Dunia.

Setelah mengalami serangan jantung lebih dari setahun yang lalu, Casillas terpaksa akur bahawa trofi terakhirnya adalah bersama FC Porto pada musim ini.

Dengan kapten Danilo Pereira dan rakan sepasukan mendorongnya untuk berada di podium dan menjulang paial setelah kemenangan Piala Portugal ke atas Benfica.

Sudah tentunya Casillas akan dikenang sebagai salah seorang penjaga gol terbaik dalam sejarah.

Sementara itu, Lionel Messi, yang menentangnya dalam banyak perlawanan el clasico dan menjaringkan beberapa gol melewati Casillas.

Namun Lionel Messi tampil dengan semangat fairplay dan kesukanan yang tinggi.

Beliau mengiktiraf Casillas sebagai lawan yang paling sukar dilawannya.

Dipetik daripada akhbar Sepanyol AS, Messi tampil untuk memberi penghormatan singkat, dia menulis:

“Iker akan bersara hari ini, tetapi beliau telah lama berada dalam sejarah bola sepak.”

“Bukan hanya kerana beliau merupakan penanda aras di La Liga, tetapi juga kerana beliau berjaya memenangi segalanya di peringkat antarabangsa.

“Anda adalah penjaga gol yang luar biasa dan sangat sukar untuk berhadapan dengan anda sebagai lawan.”

“Tetapi, imbas kembali detik itu, saya juga berpendapat bahawa itu adalah persaingan yang cukup bagus yang membuat kita harus mengalahkan sesama kita setiap kali kita saling berhadapan.”

Casillas pernah menganggap Messi sebagai insan yang menjadikannya penjaga gol lebih baik. Ini kerana apabila memiliki lawan sehebat Messi pastinya ia menuntut Casillas sentiasa meningkatkan keupayaan dirinya.

Casillas benar-benar menghargai kata-kata dari Messi, terutamanya sekali apabila beliau dia menganggapnya sebagai pemain terhebat di bumi pada Disember lalu.

Ianya selepas Messi melakukan jaringan lencong ke atas Atletico.

Iker Casillas dikenali sebagai penjaga gol yang sangat tangkas walaupun fizikalnya tidak seperti penjaga gol yang lain.

Beliau salah seorang legenda penting dalam sejarah bola sepak Sepanyol dan Real Madrid.

Casillas dihormati kawan dan lawannya walaupun dari kalangan pemain Barcelona.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan