Trio Ronaldo-Tevez-Rooney: Manifestasi Evolusi Sistem Serangan Fast Forward Alex Ferguson

Trio serangan Ronaldo-Tevez-Rooney ini antara asas kepada evolusi penyerang oleh Alex Ferguson di MUFC.

Alex Ferguson sebelum itu banyak bergantung kepada sistem poacher 7ntuk 4-4-2. Pemain fox in the box seperti Cole, Yorke, Solskjaer, Nistlerooy antara pemain poacher luar biasa di bawah era SAF.

Selepas melihat perkembangan pattern taktikal bola sepak moden. SAF mulai melupakan sistem poacher sebagai penyerang utama. Pemain seperti Hernandez lebih kepada back up plan.

Ronaldo dibangunkan daripada wing attacker kepada inverted winger, inside forward dan juga no.9.

Tevez adalah no.10/ second striker yang dibangunkan menjadi false 9 dan kemudian menjadi nombor sembilan yang tulen.

Begitu juga Rooney dari 9 and a half menjadi penyerang utama dalam sistem false 9.

Gandingan mereka bertiga sangat laju dan licik bermain dalam sistem fast forward play. Mereka tak akan berada di satu kawasan secara statik. Sebaliknya sentiasa bergerak.

Tiada Lagi sistem permainan yang terlalu bergantung pada stail klasik iaitu pemain nombor sembilan menunggu hantaran daripada pemain sayap di dalam kotak penalti.

Kehilangan pemain seperti Beckham jelas sekali tidak memberikan impak kepada Manchester United ketika itu.

Pemain target man seperti Berbatov sukar untuk masuk ke dalam sistem yang bukan lagi tipikal United 4-4-2.

Pada satu ketika Sir Alex terpaksa memilih sama ada untuk mengekalkan Ruud Van Nistlerooy ataupun melepaskan pemain itu.

Ianya selepas berlaku krisis di antara Nistlerooy dengan Cristiano Ronaldo. Ruud Van Nistlerooy tidak berpuas hati kerana menurutnya Ronaldo tamak dan tidak banyak memberikan hantaran kepadanya seperti mana pemain sayap yang lain.

Namun begitu soalan kesan telah memilih untuk melepaskan Nistlerooy kerana yakin sistem serangan baharu yang sedang dibangunkan.

Sir Alex percaya Ronaldo akan memberikan banyak gol walaupun dia flanker.

Kepercayaan itu jelas sekali terbalas. Namun ia tak bermaksud kau hanya berserah dan berharap. Banyak benda Sir Alex kena buat dan sediakan di pusat latihan.

Korang bayangkanlah, bukan mudah Fergie nak buat tu. Nak sisihkan Nistlerooy untuk budak baru nak up Ronaldo.

Kalau sekarang korang pun meroyan kan. Ala dulu pun ramai fans United meroyan. Cuma tak ada Facebook dan Twitter je.

Tetapi Ronaldo tetap memberikan kredit kepada Nistlerooy yang dikatakannya banyak sekali mengajarnya untuk menjadi natural finisher.

Rumusan

Apa yang kita boleh pelajari. Sistem taktikal bola sepak itu beranjak berubah. Jangan ego kekal dengan prinsip. Bola sepak berubah, coach kena adaptive untuk berubah.

Kita jangan hadkan potensi diri dan orang lain. Ada masa kita kena belajar dan berubah mengikut arus ataupun sumber yang kita miliki.

Itulah jurulatih yang hebat. Bukan hanya reti pakai pemain je. Tetapi membangunkan mereka sekali.

Tetapi sayang sekali terus serangan ini tidak lama bermain bersama. Ronaldo pergi ke Real Madrid. Kemudian Carlos Tevez buat hal nak gaji besar dan terpaksa dilepaskan. Paling pedih Tevez sertai jiran Manchester City dan menjadi nadi penting dalam revolusi pak arab di situ.

Tinggallah Wayne Rooney. Beberapa tahun kemudian Rooney pun hampir buat hal macam Tevez nak ke rumah sebelah. Tetapi Fergie berjaya meyakinkan beliau. Rooney menjadi pemain dengan gaji paling tinggi di United ketika itu.

Namun trio ini telah mengubah pengurusan taktikal olicell Alex Ferguson. Lalu selepas itu datanglah pemain baka moden seperti RvP yang cemerlang tanpa ada masalah transisi di United.