Triple H Mengalukan CM Punk Untuk Kembali Ke WWE

“Jika beliau benar silakan, saya mengalu-alukan kedatangannya.” Kata Triple H dalam satu kenyataan yang mana beliau mengalu-alukan kemunculan semula CM Punk dan AJ Lee ke WWE jika mereka benar-benar mahu.

Seperti semua peminat WWE maklum CM Punk pernah mencipta nama di pentas WWE suatu masa dahulu dan pernah menyandang Sabuk Kejuaraan Dunia WWE ketika itu.

Namun dengan pelbagai kontroversi yang ada Punk telah meninggalkan WWE dengan membawa Sabuk kejuaraan Dunia yang beliau sandang ketika itu. Selepas mengkritik WWE secara terang-terangan Punk nekad meninggalkan syarikat itu untuk beraksi di pentas UFC.

Tidak berjaya di dunia UFC, CM Punk kembali bekerja dalam perniagaan gusti,namun beliau tidak terlibat sama sekali didalam gelanggang untuk bertempur. Ramai sedar akan kemunculan semula Ikon “Best In The World” ini ke dunia gusti.

Namun tidak ramai yang tahu beliau sebenarnya masih tidak bekerja untuk WWE. Beliau sememangnya kini bekerja sebagai seorang penganalisis gusti di FOX. Beliau juga bekerja untuk FOX dan bukannya WWE.

Beliau kembali bekerja dalam industri penggustian pada lewat tahun lalu setelah hampir lima tahun keluar dari industri ini. Walaupon hanya dengan menganalisis dan mengulas tentang WWE di kerusi empuknya sudah cukup mewah untuknya, namun para peminat masih mahu melihat beliau kembali ke gelanggang.

Sejak beliau meninggalkan WWE lagi para peminat tidak henti-henti menyeru nama beliau berharap beliau akan membuat kemunculan semula. Peminat masih dahagakan aksi dari penggusti berusia 41 tahun itu.

Seth Rollins sendiri telah berkali-kali memberi tanda mencabar Punk untuk kembali beraksi didalam gelanggang bersamanya. Kalau sampai perlawanan mereka terjadi WWE pasti mendapat keuntungan yang sangat besar.

Triple H jelas menunjukkan minat terhadap cadangan itu dan seolah merancang sesuatu untuk WrestleMania nanti.

Siapa tak kenal Triple H punya kepala macam mana. Dia jauh lagi geliga dari bapak mertua dan abang ipar dia dalam urusan perniagaan gusti sekarang.

Lihat saja apa dia berjaya lakukan dekat NXT sana. Tempat yang sepatutnya menjadi medan mengasah bakat pun dia boleh buat lagi menarik dari “Main Roster”.

Dalam satu sidang media menjelang PPV NXT UK TakeOver: Blackpool. Triple H telah memberitahu bahawa beliau mengalu-alukan Punk kembali ke gelanggang WWE jika ia memang kehendak semua penonton dan Punk sendiri.

“Saya fikir apa yang dikatakan Steph adalah benar, jika ia bagus untuk peminat dan ia sesuatu yang baik untuk semua orang, maka itu lah yang terbaik. Mereka adalah dua penghibur gusti yang fenomenal, penghibur yang luar biasa.  Sekiranya ia sesuai untuk mereka sendiri,syarikat dan untuk semua orang yang terlibat, maka tiada masalah untuk laksanakannya.”

 

“saya tidak fikir seseorang perlu mengatakan hal seperti dia harus jadi begini, dia harus jadi seperti orang itu dan ini,tentang bakat, orang ini berbakat orang itu punyai bakat semula jadi yang hebat. Tetapi dalam dunia perniagaan bukan bakat saja yang diambil kira, banyak lagi hal yang perlu difikirkan, sekiranya saya boleh menceritakan tentang fantasi sudah tentu saya mahu menjadi muda semula,tetapi hal itu tidak mungkin terjadi.”

“Didalam dunia yang serba sempurna sudah tentunya saya rasa anda pernah dengar kenyataan dari Vince Echo berjuta kali setiap tahun. Never say Never”, kamu boleh lihat sendiri manusia itu datang dan pergi,persembahan dan bakat.

Sekiranya ia yang terbaik untuk peminat dan semua orang didalam industri ini maka ia adalah suatu hal yang tidak mustahil untuk terjadi. Namun sekiranya tidak maka ianya tidak akan pernah berlaku.”

Triple H tidak memberi kepastian tentang kemunculan semula Punk atau apa-apa perancangan terdekat. Cuma beliau membuka ruang untuk perniagaan. Sekiranya itu yang terbaik beliau mahu bekerja sama dengan Punk dan melakukan yang terbaik untuk memuaskan hati peminat.