Trippier Digantung 10 Perlawanan Sebab Jadi Dalang Skandal Judi Melibatkan Dirinya Sendiri

Kieran Trippier kini berdepan dengan hukuman berat daripada FIFA. Namun FIFA masih lagi menangguhkan terlebih dahulu hukuman tersebut.

Sebelum ini FA England sudah menjatuhkan hukuman ke atas Trippier digantung 10 perlawanan serta denda GBP70,000. Namun FIFA menangguhkan hukuman itu kerana memberikan peluang kepada Atletico Madrid – yang sudah mengantar rayuan di atas kes tersebut.

Diego Simeone menganggap hukuman gantung perlawanan adalah tidak adil kepada kelab mereka. Kerana ianya boleh menjejaskan prestasi Atletico yang kini menjadi pendahulu Liga Sepanyol.

Trippier disabitkan kesalahan berkaitan dengan judi. Di mana bekas pemain Spurs itu telah menghantar mesej whatsapp kepada rakan rakannya untuk melabur kesemua wang mereka dalam pertaruhan berkaitan perpindahannya ke Atletico Madrid pada 2019.

Trippier telah memberikan tips perjudian kepada rakannya menerusi perbualan WhatsApp.

Media England mendedahhkan satu kenyataan yang mengejutkan ramai pihak tentang perbincangan Trippier dengan rakan rakannya.

Trippier meninggalkan Spurs pada 2019. Ketika itu beliau menarik perhatian Atletico, Juventus dan Napoli. Lalu Trippier meminta rakannya jangan berlengah untuk bertaruh bahawa dia akan ke Sepanyol menyertai Atletico.

Malah Trippier menghasut rakannya untuk bertaruh lansam / lump sump jumlah wang mereka.

Trippier kemudian mengemaskini perpindahan rasmi beliau ke Atletico dengan menulis done deal bersama dengan emoji angkat ibu jari tanda bagus.

Perjudian dalam bola sepak melibatkan pemain untuk pertaruhan yang melibatkan mereka di dalamnya adalah salah sama sekali dan tidak dibenarkan.

Beberapa pemain sebelum ini dikenakan tindakan atas kesalahan serupa. Ada antaranya bertaruh perlawanan pasukan mereka sendiri untuk pertaruhan menang kalah.

Apa yang cuba dielakkan FA England adalah, pemain boleh mempengaruhi perlawanan dengan tindakan mereka yang membolehkan mereka menang wang pertaruhan.

Namun ironinya apabila EPL membenarkan penaja judi sukan masuk menaja pasukan pasukan EPL. Dan selepas ini dilaporkan ianya tidak dibenarkan lagi.