Trump Berterusan Klaim Dia Ada Mandat, Tapi Twitter Berterusan ‘Flag’ Sebagai Informasi Tak Tepat

Donald Trump, yang juga calon presiden Republik, menyatakan kebenciannya di akaun Twitter rasminya setelah pesaingnya dari Demokrat, Joe Biden mendapat undi paling banyak dan diisytihar sebagai presiden yang mendapat mandat.

Trump memuat naik banyak status di Twitter mengklaim dirinya sebagai pemenang sebenar dan berlaku penipuan dalam kiraan undi.

Ada Tweet sengaja ditulis dengan huruf besar, mencerminkan kemarahan yang cuba dilancarkan oleh ahli perniagaan AS itu.

Dia melakukan protes terhadap mekanisme undian post, yang digunakan sebagai undian tambahan untuk mengundi di tempat mengundi pada pemilihan presiden tahun ini.

Di samping itu, dia juga kesal kerana pemerhatinya tidak dibenarkan memasuki bilik kiraan undi.

“71,000,000 undi rasmi. Sebahagian besar untuk menjadi presiden,” kata Trump.

“PEMERHATI TIDAK DIBENARKAN KE BILIK KIRAAN. SAYA MENANG PILIHANRAYA INI, MERAIH 71,000,000 UNDI SAH. PERKARA BURUKNYA, OBSERVER KAMI TIDAK DIBENARKAN MELIHAT. TIDAK PERNAH BERLAKU SEBELUM INI. BERJUTA UNDIAN POST DIHANTAR KEPADA MEREKA YANG TAK PERNAH MEMINTANYA!”

Di bawah tweet itu, Twitter meletakkan flag bahawa tweet Trump itu adalah dipertikaikan dan tidak ada kesahihannya.

Twitter turut meletakkan amaran bahawa informasi daripada Trump adakah kemungkinan besar kurang tepat berkaitan dengan undian dan proses sivik.

Banyak lagi Tweet Trump yang lain diragui kesahihannya.

Untuk Tweet yang diletakkan flag seperti itu, para pengikut Trump masih boleh membacanya namun tidak boleh quote balik, membalas tweet ataupun retweet.

Fitur ini diumumkan Twitter sebelum pilihanraya presiden AS bermula lagi. Di mana mereka mahu mengekang berita palsu berkenaan pilihanraya.

AI ataupun robot Twitter akan mengesan sebarang tweet yang ada membincangkan pilihanraya dan menyemak kesahihannya.

Berbalik kepada Tweet Trump yang menyatakan dia sebenarnya menang, memang AI Twitter akan mengesan ia fraud kerana pemenangnya adalah Joe Biden.

Trump yang berterusan memuat naik status di Twitter, dan AI tersebut berterusan memangkah informasi Trump.

Kesian betul dia. Mesti rasa nak tumbuk AI Twitter tu.