TRW Pilih 10 Soalan Dari Peminat Bertuah

Kelantan TRW berbesar hati untuk mengadakan majlis ramah mesra dengan peminat mereka.

Sebelum ini pemilik Kelantan, Norizam Tukiman sudah mewar-warkan perkara itu. Dan akhirnya tarikh 3 Jun 2023.

Kelantan TRW melalui fasa yang agak sukar ketika ini. Di mana mereka turut memecat jurulatih terdahulu iaitu Choi Moon Sik.

Jurulatih itu dipecat selepas gagal membantu TRW mencapai prestasi diharapkan oleh pengurusan tertinggi.

Dia digantikan dengan Frank Bernhardt. Dan jurulatih tersebut masih gagal membantu Kelantan memperbaiki prestasi mereka.

Ini ditambah dengan isu di luar padang yang terus membelenggu pasukan TRW.

Ianya membuatkan ramai peminat mulai mengkritik pengurusan tertinggi. Lalu Zamsaham mewujudkan inisiatif untuk sesi ramah mesra dengan peminat.

Pertemuan itu akan membolehkan penyokong TRW bertanyakan soalan yang mereka mahu utarakan kepada pengurus tertinggi TRW berkaitan prestasi pasukan ataupun apa sahaja.

Ianya akan berlangsung di Zamburger Cafe, Kota Baharu pada 2pm sehingga 5pm.

Dengan itu TRW memberitahu peminat bahawa mereka boleh mengemukakan soalan menerusi satu borang khas yang dimuat naik menerusi Google form.

TRW berkata: “Kami dengan sukacita menjemput fans-fans TRW Kelantan FC untuk turut sama hadir ke majlis ini. Kami juga membuka peluang untuk anda ajukan sebarang pertanyaan atau pandangan* terhadap Kelantan FC.”

“Pertanyaan atau pendapat boleh di isikan melalui google form berikut.”

Borang pertanyaan Sesi Ramah Mesra TRW

Dalam kenyataan yang sama, TRW mengesahkan 10 Soalan bertuah akan dipilih untuk dijawab dalam sesi soal jawab nanti.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil