Tua Itu Emas: Berikut Antara 3 Late Bloomer Padu Dalam Bola Sepak

Ketika dunia bola sepak sibuk membicarakan mengenai pemain muda berpotensi tinggi seperti Kai Havertz, Ansu Fati, Kylian Mbappe dan Jesse Lingard, terdapat juga beberapa kes di mana pemain berkembang menjadi pemain elit pada lewat karier bola sepak mereka.

Artikel kali ini, penulis senaraikan beberapa pemain yang digelar “late bloomer”.

1. Jamie Vardy

Menandatangani kontrak professional pertama pada umur 23 tahun bersama Halifax Town. Vardy masih lagi bermain di liga bawahan England bersama Fleetwood Town ketika berumur 25 tahun.

Leicester City datang memanggil pada tahun 2012. Akhirnya Vardy berpeluang bermain di liga utama selepas The Foxes melayakkan diri ke Liga Perdana Inggeris (EPL) pada tahun 2014 ketika beliau berusia 27 tahun.

Seperti yang kita tahu, musim 2015/2016 merupakan dimana Vardy di kemuncak prestasinya apabila membantu Leicester menjulang EPL dengan beliau sendiri menjaringkan 24 gol.

Fakta: Menjaringkan gol dalam 11 perlawanan EPL berturut-turut. Memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang Ruud van Nistelrooy ketika menentang Manchester United.

2. Antonio di Natale

Menghabiskan karier awal dengan berlegar-legar di Serie B akibat sering dipinjamkan oleh Empoli, Di Natale hanya berjaya memecah kesebelasan utama Gli Azzuri pada umur 23 tahun.

Menyertai kelab Serie A, Udinese pada 2004 ketika umurnya 27. Hanya pada musim 2009/2010 beliau mula menjaringkan gol secara prolifik. Dengan rekod 132 gol dalam 5 musim ketika berusia 30an amat mengagumkan.

Pada umur 37 tahun pon, beliau masih lagi mampu menjaringkan 18 gol!

Fakta: Penjaring ke 6 terbanyak sepanjang zaman di Serie A. Di hadapan Alessandro Del Piero dan Gabriel Batistuta.

3. Aritz Aduriz

Setelah menandatangani kontrak professional pada umur 19, beliau menghabiskan 3 musim bersama pasukan simpanan Athletic Bilbao. Berpindah ke Real Valladolid sebelum dibeli semula oleh Bilbao.

3 musim yang suram, Aduritz berkelana pula ke Real Mallorca dan Valencia CF.

Kelab Basque itu kembali mendapatkah khidmat Aduritz buat kali ketiga pada musim 2012/2013. Hanya pada musim 2014/2015, beliau menemui rentak jaringan.

Menjaringkan 26 gol sepanjang musim. Musim berikutnya merupakan detik terbaiknya apabila berjaya merekodkan 36 gol ketika berusia 35 tahun!

Paling diingati ialah apabila beliau menjaringkan gol melalui teknik “bicycle kick” menentang Barcelona para awal musim ini.

Tidak lupa ketika beliau menjaringkan 5 gol ketika membelasa Genk. Tidak hairanlah Aduritz merupakan anak jati Basque yang menjadi kebangaan Bilbao yang masih berpegang kepada tradisi anak jati.

Itu juga merupakan gol terakhir dalam karier beliau sebelum mengumumkan persaraan pada 20 Mei 2020 akibat kecederaan serius di pinggul.

Fakta: Aduritz merupakan salah seorang pemain yang menjaringkan gol dalam 15 musim berturut-turut di La Liga. Pemain lain?

Anda mesti dapat teka, ya: Lionel Andrés Messi Cuccittini.

Artikel ini kiriman pembaca: Amyrul Najmee b Shahrol Kamal untuk komuniti bola sepak Malaysia. Ikuti Facebook beliau untuk lebih kupasan bola sepak.

Baca yang lain