Tuchel Bengang Dengan Pemain Bayern Dan Patahkan Kayu Latihan

Thomas Tuchel nampaknya sudah naik angin hanya beberapa minggu sahaja dia menjadi pengurus Bayern Munich.

Ini selepas Tuchel tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan para pemainnya di pusat latihan.

Tuchel mengadakan sesi latihan dekat padang kecil di pusat latihan.

Dia cuba memperbetulkan corak taktikal ketika menyerang. Namun ada beberapa pemain tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikannya.

Selepas berteriak beberapa kali ke arah pemain, Tuchel mengambil kayu yang dipacak untuk berlatih yang dipanggil slalom pole dan mematahkannya.

Tuchel memang dikenali sebagai salah seorang pengurus yang sangat tegas dan bersemangat.

Tuchel sebelum ini menyatakan bahawa ada beberapa perkara yang harus mereka perbaiki di Bayern.

Pastinya Tuchel memiliki sebab untuk berasa panik dengan situasi di Bayern. Pasukan itu disingkirkan Man City daripada UCL. Kemudian sudah tersingkir daripada DFB Pokkal.

Terbaru, Bayern terlepas tempat pertama dalam carta liga kepada Borrusia Dortmund.

Tuchel menelan 3 kekalahan dalam 7 perlawanan pertama dia bersama Bayern. Jumlah kekalahan yang sama dialami Nagelsmann dalam lebih daripada 30 perlawanan musim ini pengurus itu mengendalikan Bayern.