Thomas Tuchel telah memberikan perbezaan antara Bundesliga dan EPL. Dan menurut bekas pengurus Chelsea itu, EPL adalah liga lebih kasar dan keras. Pep Guardiola sendiri menggunakan sistem yang lebih keras pada aksi final UCL yang lalu.
Tuchel berkata: “Liga Perdana Inggeris lebih kesar, dan menuntut lebih banyak daripada pemain berbanding Bundesliga. Inilah pandangan saya tentang mereka.”
“Mereka lebih mencabar dari segi mental, fizikal dan psikologi untuk sentiasa berada di tahap tertinggi. Ini adalah kelebihan yang mengejutkan daripada pasukan Inggeris. Namun harus ingat, ianya kerana mereka bermain dalam pertandingan lebih tinggi tekanan dan mereka juga harus bermain di Eropah.”
Tuchel juga yakin, oleh kerana gaya bola sepak mereka yang keras, skuad di England mulai mengembangkan skuad mereka dan menjadi sangat kompetitif.
Tuchel menambah: “Inilah sebabnya pasukan mereka terus berkembang. Skuad mereka semakin besar dan lebih banyak penggiliran berlaku dalam sejak beberapa tahun lalu. Oleh kerana mereka melakukan proses itu, maka pasukan dari England menjadi sangat kompetitif.”
“Memang ada satu trend bola sepak sedang menuju ke arah gaya permainan yang kasar. Dalam final lalu, Guardiola bermain dengan 4 bek tengah dengan Rodri di hadapan mereka. Ianya sangat fizikal, sangat kasar dan penuh dengan bentesan keras. Ianya memang sangat diperlukan dalam tahap ini.”
Tuchel on the difference between the Premier League and the Bundesliga: "The Premier League is more robust and demands even more from the players than the Bundesliga. That's certainly my impression. Mentally, physically and psychologically, it's at the highest level. That isn't… pic.twitter.com/XQoEL7vuPz
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) October 23, 2023