Thomas Tuchel kini menjadi calon utama untuk menggantikan Erik Ten Hag di Manchester United. Pengurus itu terus mendapat tekanan apabila gagal menang ke atas Aston Villa.
Keadaan mungkin lebih buruk jika United kalah tempoh hari. Ten Hag sebelum itu menyatakan dia yakin dia akan terus kekal di United memacu projek sedia ada.
Kerana menurutnya, apa yang sedang berlaku di atas padang ketika ini adalah hasil daripada keputusan secara muafakat antara penggurus, pengurusan tertinggi dan pemilik.
Lagipun menurut Ten Hag, musim masih awal dan tidak adil untuk menilai mereka sekarang ini, kalau mahu menilai mereka sila nilai akhir musim nanti.
Selepas seri dengan Villa, Ten Hag meminta semua pihak melihat sendiri prestasi Man United yang bermain sangat baik.
“Kamu tengok sendiri, kami bermain sangat baik. Ini adalah clean sheet keempat kami musim ini, bukti kami bermain dengan terurus,” tegas pengurus itu.
Namun begitu, Sir Jim Ratcliffe baru baru ini tidak mahu memberikan jaminan bahawa Ten Hag sudah selamat daripada pemecatan walaupun dia baru sahaja melanjutkan kontrak pada musim panas lalu.
“Saya suka Ten Hag, dia pengurus yang bagus. Namun akhirnya, keputusan tentang beliau bukan di tangan saya. Lembaga pengarah akan memutuskan setelah penilaian teliti. Dan mereka akan membuat keputusan terbaik tentangnya,” tegas Ratcliffe.
Sejak menyertai United, Ten Hag sudah berbelanja lebih £500 juta untuk membeli pemain. Musim ini dia mendapatkan ramai bintang seperti Leny Yoro, De Ligt, Ugarte, dan Joshua Zirkzee. Namun Ten Hag menyatakan pemain pemain itu ada yang masih dilanda kecederaan dan ada yang masih dalam proses adaptasi.
Dia yakin apabila semuanya sudah serasi, United akan bermain pada tahap sebenar mereka.
Tetapi kini, Man United sudah menyediakan nama calon pengganti Ten Hag. Mereka meletakkan Tuchel sebagai calon utama.
Pengurus yang sebelum ini pernah menolak tawaran United kerana mahu bercuti dan berehat. Tuchel menegaskan selepas dia dipecat PSG beberapa tahun lalu dia terus ke Chelsea tanpa sebarang cuti panjang. Dan perkara sama berlaku selepas dia dipecat Chelsea dan menyertai Bayern.
🚨 Thomas Tuchel is OPEN to becoming Manchester United manager and is ready. Erik Ten Hag’s fate will be decided tomorrow.
(Source: @DiscoMirror) pic.twitter.com/rK9ZXf8llr
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) October 7, 2024
Oleh sebab itu dia tak berminat untuk terus bekerja. Dan kini pengurus itu mungkin sudah sedia untuk kembali. United sebelum ini pernah menghubungi Tuchel dan Pochettino namun akhirnya memutuskan untuk kekal dengan Ten Hag.
Walaupun sebelum final Piala FA musim lalu, dikatakan INEOS sedia memecat Ten Hag kerana prestasi hambar dalam liga. Nama selain Tuchel dan Pochettino yang dikaitkan dengan United termasuk Kieran McKenna.
Selain Tuchel nama Allegri juga dalam senarai United. Ini kerana pengurus tersebut adalah pengurus yang pernah dicadangkan Sir Alex Ferguson sebelum ini. Dia pengurus yang dikagumi Sir Alex.
🚨🚨| 𝗕𝗥𝗘𝗔𝗞𝗜𝗡𝗚:
Massimiliano Allegri and Thomas Tuchel would not be interested in taking over at Man United if Erik ten Hag is sacked, according to the club’s former chief scout. #MUFC .Via [@footyinsider247 ] pic.twitter.com/HZekf4QWCE— SPORTS AreNa Utd® (@SPAUTD) October 7, 2024