Tuchel Dengan Terbuka Salahkan Kim Min Jae Dan Kutuk Pemain Itu Sebagai Gopoh

Pengurus Bayern Munich, Thomas Tuchel secara terbuka menyalahkan Kim Min Jae sebagai punca mereka melepaskan 2 bolos kepada Real Madrid ketika aksi separuh akhir pertama Liga Juara Juara Eropah.

Kim Min Jae membuat kesilapan yang memberikan penalti kepada Real Madrid yang disudahkan oleh Vinicius Jr. Tuchel turut menyalahkan Kim Min Jae yang menjadi punca kepada Bayern melepaskan bolos awal dalam perlawanan ini.

Menurut Tuchel, Kim Min Jae seorang yang terlalu beriya di atas padang. Sehinggakan dia bertindak terlalu gopoh.

“Dia seorang yang terlalu ambitious sebanyak dua kali. Dia membuat tindakan terlalu awal ke atas Vinicius pada gol pertama dan kemudian terperangkap dengan hantara Toni Kroos.

“Dia meramalkan bola dan bertindak terlalu agresif. Pada gol kedua, malang sekali dia buat satu lagi kesilapan. Kami dalam situasi 5 vs 2. Dan kami ada lebih pemain. Tidak perlulah nak bertahan dengan terlalu agresif macam tu ke atas Rodrygo.

“Pada momen Eric Dier mahu datang menolongnya, Kim sudah pun menjatuhkan Rodrygo. Malangnya, dengan kualiti yang mereka ada, kesilapan seperti ini membuatkan mereka dihukum.

“Namun, ya benda dah berlaku, kami harus segera melupakannya.”

Ini bukanlah pertama kali Tuchel menyerang pemainnya sendiri secara terbuka di hadapan wartawan. Sebelum ini dia pernah menyalahkan pemain pemain tengah Bayern yang menurutnya tidak memberikan servis yang cukup kepada Harry Kane.

Kim Min Jae merupakan pemain kebangsaan Korea Selatan yang menyertai Bayern pada musim panas selepas membantu Napoli menjadi juara Serie A.

Dia ketika itu menjadi rebutan banyak kelab terutama sekali persaingan antara Bayern dan Man United. Pemain itu akhirnya memilih Bayern.

Namun begitu, pada musim ini Kim Min Jae bukanlah pemain tetap dalam kesebelasan utama. Terutama sekali selepas kehadiran Eric Dier, pemain Korea itu kerap disimpan di bangku simpanan.

Aksi separuh akhir pertama Bayern dan Madrid berakhir 2-2. Jadi urusan di Bernabeu akan menjadi sangat genting dan getir buat kedua dua pasukan.

Real Madrid dalam pemburuan kejuaraan ke-15 dalam sejarah UCL kelab itu. Sementara Bayern mencari UCL ke-7 dalam sejarah kelab mereka.

Tuchel akan meninggalkan Bayern selepas tamat musim ini.